6.05 pagi. Mata terasa berat, aku tersandar di kerusi. Mahu tunggu flight beberapa jam lagi.
Pesan pada anak-anak jangan main jauh. Aku terlelap. Sedap. Celik mata, anak aku sedang makan aiskrim. Pagi-pagi buta. Mana dapat?
Rupanya Airport Dubai bagi aiskrim free. Homemade gourmet katanya. Ceh! Aku pun baru tahu. Hahha.

Mata aku terus segar. Layan aiskrim memang syok. Free woi! Tekstur aiskrim, lembut berperisa. Kena pula panas-panas Dubai.
Kalau kau datang ke sini atau transit, nampak sahaja gerai berwarna merah, berhentilah. Minta sahaja pelbagai perisa.
Ada 5 perasa, vanila, coklat, mango, lemon dan entah apa lagi. Aku lupa.
Dan awek jaga gerai aiskrim ini tanya aku dari Philippines ke sebab dia kata muka aku macam orang Cagayan.
Cagayan ni kat mana eh? Memang orang Cagayan hensemĀ² ke?
Aku nak sambung makan aiskrim. Bai!
UPDATED : Setelah 3 jam mereput disini, aku berjaya habiskan semua perasa.

1. Paling sopan adalah vanila. Tidak keras. Pilihan ramai.
2. Coklat all time feveret. Cuma agak manis.
3. Mango rasa mangga macam ice blended. Pekat. Cuma bila dah cair, kembang sikit tekak rasa.
4. Gatal cuba Arabic coffee with dates. Macam makan rempah. Anak aku kata rasa halia. Haha. Aku rasa macam rempah biji selalu dalam nasi minyak tu apa ntah namanya.
5. Lemon sorbet. Halus tekstur, tapi bila sudah masuk tekak, terasa macam makan kulit lemon kering.
Tip : Ada banyak gerai aiskrim. Minta dua tub aiskrim pun dia tak marah.
Tip : Kalau balikĀ² muka kau yang tapau aiskrim free, pun tiada masalah. Dia tak marah. Cool je.
.
Selamat makan eskrem free!