You are currently viewing Kalau Saffrron Menjadikan Kashmir Kaya Raya

Kalau Saffrron Menjadikan Kashmir Kaya Raya

1. Dari Srinagar ke Pahalgam akan lalui satu tempat yang bernama Pampore. Ia kawasan ladang luas, dan deretan kedai di sepanjang jalan.

2. Tanaman saffron dengan kualiti terbaik dunia rupanya terhasil dari bumi Kashmir.

3. Tidak banyak di tanam di dunia ia terkenal dengan aroma dan penambah perisa. Banyak digunakan dalam makanan, farmaseutikal, kosmetik dan wangian dan juga dalam pewarna tekstil.

4. Kashmir saffron (Crocus sativus kashmirianus) dituai setahun sekali antara akhir Oktober sehingga akhir November. Ia dipetik secara manual, secara purata 70 ribu dedaun saffron untuk menghasilkan 1 kilo rempah.

5. Selain dari itu, sebelum ini tidak banyak yang aku tahu tentang saffron, selain ia dinobat sebagai rempah paling mahal didunia. Disini ia dijual sekitar INR300 (RM18) bagi setiap gram.

6. Maka berdirinya puluhan kedai sepanjang jalan Pampore berdagang saffron sepanjang jalan kiri kanan, melambai-lambai pelanggan datang menagih jualan.

7. Bernilai tinggi itu saffron di mata dunia, tidak kelihatan limpahan kekayaan itu di kalangan masyarakat disini. 3700 hektar tanah yang diusahakan dengan saffron tidak terlihat kesan limpahan ekonomi itu diagih kepada 21 ribu penduduk disana.

8. Di satu sisi, ia gah. Di satu sisi yang lain ia hanyalah cerita kesusahan, perit dan kepayahan hidup penduduk di sini. Another side of coin..

9. Kalau nak cerita kesusahan hidup disini, mungkin lebih mewarnai cerita berbanding keindahan Kashmir itu sendiri.

10. Banyak sisi kehidupan yang tidak enak, tidak kena dan adanya tidak masuk diakal masih lagi wujud. Sesetengah amalan lapuk masih berlaku dan menjadi kebiaasaan disini. Ini nanti aku cerita lain.

Adat kembara, bukan semua yang cantik dan indah belaka. Supaya kita dapat ibrah dan pengajaran darinya.

Kalau datang Kashmir, boleh beli saffron ini. Seutas saffron punya khasiat untuk kesihatan badan bila diminum bersama teh panas yang enak.

Apapun, pastikan saffron yang asli. Banyak juga yang tidak tulen, walau dicanang sebagai tumbuhan kurniaan Tuhan buat bumi Kashmir.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Cari Saffron, Jumpa Shilajit

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply