You are currently viewing Pakej Travel 7 Hari London Best Bermula RM3,999
Arlington Row, Bibury

Pakej Travel 7 Hari London Best Bermula RM3,999

*CONTENT LAST UPDATED : 1 MAY 2019*

Trip ini sebenarnya agak lama juga aku simpan. Sebab aku rasa sudah banyak sangat trip ke sini. Tapi yang ini aku buat khusus untuk mereka yang mahu itinerary yang sangat sesuai untuk entry level ke London. Trip selama 7 hari 6 malam, private trip sesuai untuk  4 hingga 8 orang.

Sebelum itu aku  nak sharekan beberapa perkara yang unik tentang United Kingdom secara umum. Sebab ramai yang datang tidak tahu what to expect, jadi aku sharekan beberapa maklumat penting.

5 Perkara Tentang England

#1 : London bandar yang populasi tinggi. Ada 5 airport Heathrow, Gatwick, Stensted, Luton dan London City. Airport paling hampir dengan Central London adalah Heathrow atau London City, tapi banyak flight murah turun di Gatwick, Stansted atau Luton.

#2 :  Penduduk melebihi 8 juta orang. Ramai weh! Bandar London sendiri sahaja mempunyai cukup banyak tarikan. Dari Buckingham Palace sehinggalah ke Oxford Street, London merupakan bandar tarikan pelancong utama di dunia.

#3 : Kebanyakan tarikan lain di luar London boleh dicapai dengan pengangkutan awam. Seperti ke Bicester Village, Bath, Cotswald, Oxfordshire atau Stonehedge. Ia di luar London yang mengambil masa antara 1 hingga 3 jam untuk pergi.

#4 : Kalau dalam bandar London, cukup sahaja naik tube atas bas. Tidak perlu chartered MPV kecuali ada anak kecil, famili atau orang tua. Paling tidak pun, ambil Uber pun sudah cukup okay.

#5 : Kebanyakan orang Malaysia suka sangat duduk kat Paddington atau Bayswater. Mungkin sebab ada Malaysian Hall Canteen. Tapi sebenarnya masjid dan makanan mudah sangat diperolehi. Di London sahaja ada banyak restoran Malaysia. Tuk Din, Melur, Nur Malaysia.

Tour Leader

Aku penulis buku Lost in Sekutland. Kisah dan pengalaman trip aku selalu tuliskan dalam catatan kembara yang dibukukan. Aku juga minat fotografi dan buat video pendek menggunakan drone.

Aku di Glencoe

Aku telah menetap di Glasgow sejak 2014 bersama isteri dan 3 orang anak. Homestay telah kami usahakan sejak 2015 dan ini memudahkan aku buat trip full package untuk tetamu. Jadi aku rasa sedikit sebanyak, keterujaan aku disini boleh dikongsi dengan tetamu yang datang melancong ke sini.

Aku dan tetamu.

Cadangan Itinerary Trip

Option (Sesuai sepanjang Tahun)

Day 1 : Airport transfer (Heathrow)
Hari ini kita gerak secara fleksible. Kita ambil dari airport kemudian kita terus sahaja check in hotel. Rehatkan badan setelah penat penerbangan jauh.

Day 2 : London Day Trip
Kita akan mulakan trip pada pagi ke bandar London. Antara tempat wajib kita lawati adalah Buckingham Palace, Eye of London, Big Ben dan Westminster. Jika mahu menikmati River Thames boleh naik river cruise dan kita akan berjumpa di Tower of London yang popular sebelum kita akhiri pertemuan kita dengan makan malam.

Day 3 : Stonehedge & Bath Trip
Kita akan mulakan trip awal lagi selepas sarapan. Kita akan melawati bandar Bath, bandar tua yang mempunyai banyak kesan sejarah Roman di sini. Kemudian kita akan teruskan perjalanan ke Stonehedge. Sebelum pulang ke hotel kita akan berhenti untuk makan malam.

Day 4 :  Cotswald & Oxforshire
Jika mahu melihat bagaimana rumah asli England, Cotswald adalah tempatnya. Kita akan lawat tempat yang popular dengan nama Venice of England, sungai yang mengalir tenang di antara rumah-rumah lama England. Di Oxfordshire, kita akan melawat antara universiti tertua di dunia yang berprestij.

Day 5 : Bicester Village
Ini adalah syurga membeli belah. Pastikan bawa wang yang secukupnya! Kebanyakan barangan boleh mendapatkan rebet sebanyak 20%!

Day 6 : Oxford Street, Portobello Market
Hari terakhir kita akan santai sedikit dengan berjalan sepanjang 1.5km di Oxford Street. Jalan yang popular dengan kedai dan outlet membeli barangan dengan harga terbaik. Di Portobello Market kita akan berjalan di kedai-kedai yang mempunyai tarikan barangan antik dan item yang rare.

Day 7 : Kita salam-salam dan bergambar kenangan. Airport transfer Heathrow

Foto Destinasi

Jenis & Harga Pakej

Sesuai untuk anda yang ingin berbulan madu, percutian keluarga, percutian bersama syarikat atau pun bersama kawan-kawan tanpa digabungkan dengan kumpulan pelancong lain. Berikut antara kelebihan-kelebihan pakej ini;

  • Pakej yg ditawarkan lebih murah berbanding pakej private.
  • Tarikh perjalanan yang telah ditetapkan.
  • Minimum peserta adalah 4 orang.
  • Aturcara program adalah tertakluk kepada itinerary yang ditetapkan
  • Harga tidak termasuk tiket penerbangan antarabangsa (kecuali dengan permintaan)

What included : Semua bayaran termasuk :

  • Penginapan (homestay/B&B)
  • Pengangkutan /MPV  (Estima/Viano) dengan upah pemandu termasuk minyak dan bayaran parking (all in)
  • Airport transfer (Heathrow)

Not included :  Flight dari Kuala Lumpur ke London, attraction entrance fee (jika ada, optional), travel insurance (beli di Malaysia), meals.

Harga Pakej : Bergantung kepada jenis penginapan yang anda pilih.

Penginapan HotelRate
Double bed roomRM4299/pax
Triple bed roomRM3999/pax
Children bawah 10 tahun Less RM300
Infant bawah 2 tahunLess RM500
Penginapan 2 bedroom apartment
Private kitchen, common area and bathroom
Minimum 6 paxRM4,599/pax

Kalendar Open Trip London Best 2019

DATEAVAILABILITYSTATUS / INQUIRY
20 – 26 August 2019Best Deal RM3,799 WHATSAPP NOW!
20- 26 September 2019Best Deal RM3,999 WHATSAPP NOW!
10 – 16 Oktober 2019Best Deal RM3,799 WHATSAPP NOW!
14 – 20 November 2019Best Deal RM3,799 WHATSAPP NOW!
9 – 15 Disember 2019 Best Deal RM3,999 WHATSAPP NOW!

Payment Terms

Ikuti langkah berikut :

  1. Whatsapp di +447922405443 untuk confirmkan seat dahulu. Nanti kami akan bagi maklumat booking dan cara pembayaran.
Whatsapp disini
  1. Kemudian bayar  deposit RM800/seorang untuk sahkan booking.
  2. Final Payment : 4 minggu sebelum trip jika dalam RM.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply