Kali pertama aku datang ke sini sekitar tahun 2014. Ada antara yang rasa confuse dengan nama sebenar. Bagi yang berat kepada bahasa German, mereka sebut Luzern, bagi yang cenderung ke Perancis mereka panggil Lucerne. Kau sebut mana pun okay, asalkan tidak terkeliru dengan Lausanne, satu lagi bandar dalam Swiss.
Kalau kau hanya trip di sekitar Zurich ke Titlis, masukkan sahaja Lucern sebagai salah satu itinerary. Tapi cukupkah satu hari ? Untuk post kali ini kita focus untuk jalan jalan di Lucerne Switzerland.
Bagi aku cukuplah. Untuk bandar Lucern yang tenang dan aman, sudah cukup.
Satu perkara yang kena ingat, menikmati Lucern ini sebenarnya lebih seronok hanya dengan berjalan kaki. Jangan la angan-angan naik kereta untuk pergi satu tempat ke satu tempat. Parking pun mahal (CHF3/jam dan kebanyakan petak putih parking hanya boleh parking maximum 1 ke 2 jam sahaja, Jika mahu parking lebih lama, cari parkplatz contohnya di Bahnhof, main station Lucerne.
Dari situ, mungkin boleh mula dengan jalan kaki la menjelajah. Aku cuba senaraikan itinerary ikut route yang sesuai dan bukan ikut popularity attraction.
Oh lupa. Aku buat itinerary ni berdasarkan waktu siang selama 12 jam. Honestly, kalau kau datang winter, sangatlah pendek masanya.
Basically, kalau nak pecahkan aktiviti ada 3 yang utama. City walk, lake cruise atau naik ke Mount Pilatus. Kali ini aku cuma share tentang trip yang jimat dan tak payah bayar lah ya. Kalau naik cruise dan naik gunung, kena bayar woi. Dah nama jalan jalan ke Lucerne jadi kita menapak la sikit.
#1 : Naik cruise Lucern Lake.
Aku anggaplah kau mulakan berjalan kaki dari Bahnhof. Terus berjalan hingga ke jeti untuk Lucern Cruise. Kalau nak naik cruise, silakan. Bagi aku antara cruise yang paling mendamaikan di Swiss. Aku dah tak hingat berapa harga ticket.

#2. Laluan Kapellbrucke / Chapel Bridge
Selepas cruise mula berjalan ke Kapelbrucke atau Chapel Bridge. Ia jambatan kayu yang dibina pada kurun ke 12 melintasi River Reuss sehingga ke Old Town. Ia merupakan jambatan seumpamanya yang tertua di Eropah. Berjalanlah diatasnya sejauh lebih kurang 669 kaki diatas jambatan kayu, jangan lupa dongak ke atas ada lukisan menceritakan sejarah disitu. Tapi haram aku tak paham. Hahah. Dan ada satu tower yang popular dan sering difotokan dipanggil Wasserturm dulu bekas tempat torture.
Ramainya olangggg Bunga ni juga la mencantikkan gambar kau nanti Town hall pemandangan dari Kapelbrucke
#3. Berjalan-jalan Old Town Lucern
Ada banyak bangunan bersejarah disini seperti Chapel Square (Chapelplatz). Ini adalah gereja yang tertua di Lucern yang dibina pada tahun 1100 something gitu. Ambil gambar udahla, lepas tu jangan lupa juga bergambar dengan Fountain of Fritschi. Dari sini teruskan berjalan ke Kornmarkt dan akan berjumpa dengan Town Hall (Rathaus).
Fountain of Fritschi Korn tu jagung la Rathaus / Town Hall view dari Kornmarket
Satu perkara yang kau kena perasan di old town ini adalah struktur bangunan lama yang unik, diwarnakan dengan pelbagai corak dan juga pelbagai pattern yang sangat unik. Ia dilukis cantik dan menampakkan sejenis ‘jiwa’ pada bangunan tersebut.
Redecorate dinding Ada yang sangat detail la hasil seninya Ngokngek pun pasang je bendera. Unik juga Atau cat saja cantik-cantik Ini hotel kalau tak silap aku Nice kan?
Kekadang tengok takut pun ada, cuma memang boleh nampak bahawa ia bukan suatu seni yang calang-calang. Sebab itu jika kau datang ke Old Town pada waktu malam, maka susah sikitlah nak nampak keunikan bangunan ini.
#4. Berjalan di Farmer Market sepanjang Reuss River
Kalau kau suka tengok pasar-pasar di negara Eropah ni yang menjual item seperti keju, susu, sayur, gula-gula, bunga dan sejenis dengannya, memang seronok layan kawasan ni. Cuma satu benda kau kena tahu, kebanyakan penjual disini mukanya tidak lah seperamah mana. Muka takde emosi.

#5 Musegmauer or Museg Wall
Yang ini aku paling suka pergi. Ia merupakan kubu pertahanan di sini yang mempunyai 9 menara yang setiap satunya unik. Mana-mana struktur bangunan memang biasanya berada di kawasan tanah tinggi. Maka untuk ke wall ni, kena berjalan sedikit dari Old Town ke salah satu menara. Sorry aku tak ingat menara mana satu aku masuk.
Yang aku ingat, menara ini mempunyai ruang tangga yang sempit. Memang kalau kau gemuk, memang agak payah sikit lah, sebab seorang sahaja boleh lalu dalam satu-satu masa. Nak naik ke tangga tu pula, sangat curam, memijak tangga kayu dan batu. Beberapa kali mata aku menjeling tengok kalau-kalau ada handphone orang terjatuh bawah tangga. Mujur tiada. Hahah.
Dari satu menara kau boleh berjalan sepanjang kubu tersebut, dari satu menara ke satu menara. Menara tertinggi adalah Zytturm, menara jam yang diwarnakan berbanding dengan menara lain dan memudahkan ia lebih dikenali. Kalau masuk ke dalam menara ini, boleh nampak kinetik jam yang menggerakkan jarum jam ini. Setiap jam, ia akan berbunyi dengan lantang dengan ketukan pada loceng besar atas menara. Pening juga dengar, berdengung.
Satu lagi perkara adalah di bahagian kubu ini, boleh nampak pemandangan tasik dan bandar Lucerne. Memang layan juga sebenarnya. Cuma masa aku pergi hari itu hujan, pastinya pemandangan jika cuaca perfect lebih spektakular.
Boleh nampak banjaran Apls nunnn Pandangan dari atas wall. Kena daki la yea Pemandangan ke Lake Lucern
#6 Speuerbrucke dan Muhlen Platz
Turun dari menara tu, aku terus sahaja ke Speuerbrucke dan Muhlen Platz. Speuerbrucke ni strukturnya lebih kurang sama macam Chapel Bridge, cuma ia lebih pendek. Di depannya ada Muhlen Platz, dimana ia merupakan power plant yang menghasilkan tenaga. Banyak la juga sejarah kat sini.
Old Turbine Turbine
#7. Jesuitenkirche
Dari sini aku terus sahaja melintas jambatan ke satu lagi bangunan yang akan menonjol disini. Ia gereja je pun, tapi cantiklah. Dan bangunan-bangunan disebelahnya pun masih kekal dengan struktur batuan yang terjaga.

Lepas itu, aku dah penat, aku amik kereta dan pergi makan dekat Pizza and Kebab shop. Okaylah, daripada berlapar.
Ada dua lagi bangunan yang aku tak pergi (kaki aku dah malas nak berjalan) iaitu Hofkirche dan Lion Monument tu. Nantilah lain kali aku cerita lagi.
Itu sahaja. Jangan lupa follow Channel Telegram aku ID 20K Miles Journey, aku cuba update any travel tip yang mudah untuk korang ikut dan ekonomik.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Tour leader ohsem
Europe Playground