Kawan-kawan. Ajal maut ini rahsia Tuhan.
.
Selama aku berada di UK, sudah beberapa kes kematian orang Malaysia. Baik pelajar atau pelancong.Memang sedihlah.
.
Bila ada yang meninggal, urusan sangat rumit. Dari laporan doktor, post-mortem, funeral house sehinggalah ke Islamic Center. Ada yang berminggu tidak selesai. Bukan boleh bawa balik senang begitu.
.
Famili dia apatah lagi. Tambah terbeban dengan kos perubatan. Aku boleh kata, kos urus jenazah dan bawa pulang sekitar £5,000 ke £10,000. Banyak wei!
.
“Kenapa tak ambil travel insurance?”
.
Soalan pakar pun muncul. Mula acah ambil peduli.
.
“Kenapa mahu siksa arwah? Kebumikan sahaja disana.”
.
Cakap memang mudah. Dia ada keluarga warisnya. Mereka lebih berhak, takkan kita mahu tarbiyah tiba-tiba. Akai ada?
.
Baik diam dari cakap benda sia-sia. Atau sekurangnya cukuplah kau derma seringgit dua untuk ujian melanda kawan kita.
.
Arwah En Sharom yang aku kongsi dalam Facebook, tidak dapat pampasan insurance. Walau sudah beli sebelum datang. Katanya sebab sakit yang sedia ada. Fair enough.
.
Tahun lepas, flight kensel. Walau 8 orang kawan aku beli travel insurance, balik Malaysia satu syarikat insurance pun tidak bagi pampasan. Apa pun tak dapat. Yillek.
.
Yang dapat cuma sakit hati. Selepas bermacam borang kena isi, surat macam minta saksi. Takut benar tuntutan insurance palsu barangkali.
.
Banyak sangat prosedur. Tak payah kita cerita insurance nyawa, berbulan juga kalau insurance kereta. Maha menyusah lagi menyakit hati.
.
Sedang masa mahu jual polisi bukan main lagi. Telefon tak berhenti. Suruh beli itu ini. Entah dari mana nombor telefon kau dia dapat pun kita tak pasti.
.
Pada mata aku, kadang insurance ini benda yang banyak sangat selindungnya. Cuba kau baca polisi dia. Senang cerita, ia bahasa lawyer. Komplikated.
.
Kau boleh baca semua, tapi mungkin faham cuma satu dua. Jadi main beli dengan harapan tidak jadi apa-apa. Dan tentu mahu insurance yang murah saja.
.
Last-last kita pun malas mahu tuntut apa-apa. Ada insurance ke tiada macam sama. Kecewa.
.
Di UK, kekadang cukup isi borang online, jawap 5 soalan. Seminggu lepas tu sampai rumah cheque tuntutan.
Bukan mahu banding, tapi begitulah sepatutnya fungsi insurance. Lindung orang musibah, bukan tambah susah.
.
Dah mula kata aku puji negara orang pula. Sekadar tauladani yang muluk, bukan semua elok.
.
Malaysia hebat apa.
.
Entahlah. Aku mungkin salah. Aku malas nak tulis panjang. Lagi banyak kita cakap, takut salah pula.
.
Sedangkan bahagian kita belum tahu macam mana.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Al-Fatihah
Glasgow, Scotland