Top 10 soalan yang ditanya selepas membaca ebook – Part II

Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Hari ini hari ketiga saya di Kuching. Semalam sempat juga berjalan-jalan di Riverside dan menikmati laksa Sarawak yang popular di sini. Nasib baik cuaca sungguh baik hari ini, dan semalam membolehkan saya memanjangkan langkah ke banyak tempat. Harap-harap hari ini akan menyebelahi saya lagi, jadi saya boleh sampai ke Cultural Village pula.
Untuk posting hari ini, saya sambung topik mengenai soalan yang sering di tanya selepas membaca ebook saya.

#5 : Saya tiada kemahiran IT. Boleh ke saya memulakan perniagaan SMS?

Ini satu lagi persoalan yang selalu ditanya. Bergantung kepada sejauh mana keinginan anda untuk terlibat dalam perniagaan SMS, kemahiran IT dan teknikal boleh diperolehi atau melalui ‘outsourcing’. Sekiranya anda ingin mempunyai SMS gateway server sendiri tentunya memerlukan tenaga teknikal yang boleh menyokong operasi. Sebaliknya kalau anda hanya ingin berkongsi kod 5 digit anda boleh mendapatkannya dengan membayar sejumlah yuran kepada SMS Gateway provider.

Bagi saya, kemahiran teknikal sepatutnya tidak dijadikan alasan untuk tidak mencuba perniagaan ini kerana perkara teknikal boleh diserahkan kepada rakan teknologi untuk menguruskannya.

#4 : Apakah SMS Gateway yang saya boleh gunakan?

Saya pernah membuat posting bahawa saya tidak akan mempromosikan sebarang SMS Gateway provider di public. Saya perlu pastikan tiada pandangan serong terhadap saya yang menyatakan saya ingin mempromosikan sebarang SMS Gateway pula. Apatah lagi saya akan dikaitkan dengan mana-mana provider yang saya sendiri tidak terlibat.

Yeap. Saya hanya akan beritahu sekiranya anda emailkan saya personally. Dan cadangan atau recommendation dari saya hanyalah penilaian saya sendiri tanpa melibatkan prejudis kepada perkhidmatan tersebut.

Anyway, saya dah usahakan sesuatu untuk pelanggan saya mengenai SMS Gateway Provider. Insyallah akan saya umumkan pada 7 Julai nanti. Sesiapa yang telah mendaftar untuk seminar, nantikan kejutannya ya!

#3 : Adakah saya perlu mendaftar untuk membuat hebahan kepada pengguna telefon bimbit ?

Sekiranya anda membuat hebahan, kos SMS yang dihantar adalah ditanggung oleh anda. Dengan menggunakan aplikasi web, membolehkan anda membuat hebahan kepada sesiapa sahaja. Aplikasi seperti SMS Broadcast membolehkan anda berbuat demikian. Walaupun begitu, perlu diingat saya tidak menyediakan senarai telefon bimbit untuk anda gunakan bagi
membolehkan anda menghantar SMS. Anda PERLU gunakan senarai anda sendiri.

Bagi SMS Broadcast yang saya berikan, saya akan menyediakan username dan password untuk mengelakkan penyalahgunaan SMS Broadcast seperti penghantaran maklumat yang menyalahi undang-undang atau seumpamanya.

#2 : Bilakah saya boleh memulakan perniagaan SMS ?

Bagi saya perniagaan dikira dari hari anda mula memulakan sebarang aktiviti dalam perniagaan. Secara purata, nombor
5 digit boleh disediakan dalam masa 5 hari bekerja. Kalau nasib lebih baik, 2 hari memadai.

#1 : Saya tiada idea produk yang ingin dijual. Macam mana ye?

Ini soalan yang paling susah nak jawab. Ibarat anda mempunyai kedai, tetapi tidak tahu apa yang hendak dijual didalamnya. Ada beberapa produk yang memang popular di pasaran. Kepada peserta seminar, nantikan kaedah untuk mencari idea terhebat yang menjual!

Ada lagi beberapa soalan yang saya tidak boleh masukkan di sini. Terlalu sukar untuk dihurai.

p/s : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS akan diadakan pada 7 Julai 2007. Tempat terhad. Daftar disini.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply