Jadi kalau ikut maklumat Airasia akan mula terbang semula pada 29 April ini. Lebih awal, sebab sebelum ini dijangka sehingga Mei.
Bagus. Cuma dalam keadaan pandemik macam ini, agaknya macam mana ya aturannya.
Personal Hygiene : Mask wajib pakai. Mungkin nanti pilot akan umumkan ‘Sila tutupkan segala peralatan elektronik, tegakkan tempat duduk, pakaikan talipinggang keselamatan dan topeng muka’ Lain macam dah skrip pilot lepas ni.
Stewardess yang dulu mungkin terbelah kain, akan mula menutup seluruh badan untuk elak jangkitan. Dijangka mask juga akan dilukis bibir yang tersenyum untuk mengekalkan kemesraan anak kapal kepada penumpang.
Social distancing : Maybe duduk selang satu kerusi. Masuk keluar flight kena sorang-sorang. Akan ada sticker pada lantai untuk kekalkan jarak ketika check in / bag drop.
Harga tiket : Akan dijangka meningkat bila flight akan mula mengurangkan kapasiti penumpang. Katalah flight yang ada 6 kerusi satu baris. Maka cuma ada 4 penumpang dan 2 dibiarkan kosong untuk menjarakkan. Kos 2 seat kosong likely ditanggung oleh penumpang lain..
Check in time : Sebab jaga social distance, jadi urusan check in di kaunter akan menyebabkan barisan jadi panjang. Seperti di supermarket sekarang yang beratur panjang, mungkin kalau tidak dikawal jumlah, akan terkeluar dari pintu airport! .
Medical inspection di airport : Selain dari ada melalui lorong pemeriksaan keselamatan dan imigresen, selepas ini akan ada satu lagi lorong. Untuk check kesihatan, panas badan yang lulus untuk terbang.
Jumlah kenderaan dan penumpang yang masuk ke airport akan dikawal dan hanya untuk turun dan ambil penumpang. Drop off pick up sahaja, dengan jumlah yang dibenarkan sahaja. .Menunggu tidak dibenarkan.
Tiada lagi lambaian saudara mara, sahabat handai, gefren boifren nak hantar ke sampai ke pintu pelepasan bagai. .Datang airport perlu awal. Dulu 2 jam, untuk selamat mungkin 4 atau 5 jam sekarang.
Keadaan airport akan terus sunyi, dijangka kedai-kedai dalam tu akan banyak tutup.
Kita saksikan nanti apa yang berlaku selepas ini..Rindu nak naik flight semula. Kejar-kejar flight dan dengar nama sendiri di pengumuman airport bila lambat boarding. Lama tak rasa glamer camntu..
Passport aku mana, Pah?
Irwan Dahnil
Mereput di tepi bucu katil
.