Salam dari Bumi Kenyalang

Salam Sejahtera Rakan Sekalian,

Saya hanya dapat membuat catatan ringkas pada hari ini. Hari ini adalah hari perjalanan saya ke Kuching, Sarawak. Jadi ada beberapa email yang saya tidak dapat untuk reply serta merta. Kepada Alfa dan Faizal, terima kasih di atas email anda dan saya akan balas secepat mungkin.

Kali ini saya akan berada di Kuching sehingga hari Sabtu, sebelum saya ke Cameron Highland pada minggu depan. Bulan ini agak sibuk dengan kerja-kerja di luar KL. Kepada mereka yang sedia maklum mengapa saya kerap keluar KL sejak akhir-akhir ini, satu kejutan saya akan beritahu tidak lama lagi. Mungkin ada yang beranggap yang saya selalu menguruskan projek diluar, tetapi sejak bulan Jun 2007, TIDAK LAGI. Saya dah tukar bidang … Hahah..

Saya ada satu ‘misi khas’ bila keluar dari KL. Nantikan ya… Pendedahan eksklusif tidak lama lagi 🙂

Mungkin ketika ini saya sedang didalam kapal terbang. Saya ingin menggunakan masa untuk berehat dan menyusun kerja yang semakin banyak. Doakan saya pulang ke KL dalam keadaan yang selamat dan dapat berkongsi idea-idea yang lebih segar selepas ini.

p/s : Kalau berkesempatan, saya cuba ‘tangkap gambar’ bersama ‘kucing-kucing’ di Kuching dan poskan di blog.. Berapa banyak kucing daaa… 🙂

Jumpa lagi.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply