You are currently viewing Berzakat Fitrah di Glasgow
"Amil' hanya berdiri pegang plastik bag untuk bayaran zakat fitrah.

Berzakat Fitrah di Glasgow

Lepas solat Jumaat minggu lalu, mata aku mencari-cari sudut dimana amil berada. Terbayang susuk tubuh ala ‘ustaz’ menunggu pembayar zakat fitrah.

” Kat sini mana ada..”, tegur kawan.

Di Masjid E-Kheezra, Glasgow rupanya bukan seperti di Malaysia. Tiada amil menunggu. Yang ada pakcik ni berdiri memegang plastik menunggu depan pintu masjid. Macam orang minta sedekah sahaja.

“Fitra…Fitra”, sebutnya berkali-kali.

Tiada handshake, tiada akad, tiada resit bagai. Campak je £4 dalam plastik tu, selesailah zakat fitrah tahun tu. Simple betul. Jimat resit.

Patutlah minggu lepas aku keluar masjid, aku masukkan £1 dalam plastik tu, pakcik tu tengok aku lain macam je. Hehe.

Mana aku tau. Aku nak bagi sedekah. Bukan bayar zakat.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply