Amsterdam ini agak unik. Pertama sekali dari segi cuacanya. Kedua bentuk muka buminya dimana banyak terusan dalam bandar. Dan yang ketiga , prostitution / pelacuran ‘dihalalkan’. Teruja ? Ini bererti Amsterdam menawarkan banyak bentuk trip atau pengalaman yang berbeza. Ikut citarasa masing-masing. Mahu apa di Amsterdam ? Menikmati keindahan alamnya, menikmati budaya atau sekadar cukup setakat singgah sahaja?
Dari post yang lepas, ada yang meminta dibuat itinerary bagaimana menikmati Amsterdam dalam masa satu hari. So, aku buat sedikit catatan ringkas bagi sesiapa rasa ianya bermanfaat. Dibawah ada beberapa pillihan itinerari Amsterdam ke lokasi yang popular. Itinerary ni semua dalam masa sehari. Pilih mana-mana suka. Jom jalan jalan sehari ke Amsterdam
Itinerari #1 : Tempat Paling Popular di Amsterdam
Motif : Meminati budaya dan senibina
Kenderaan : Berjalan Kaki atau naik tram
Digalakkan membeli museum pass/ I Amsterdam City Pass bagi penjimatan bayaran masuk ke tempat tarikan.
-
Seawal pagi, berjalan ke kawasan Van Gough Museum sebagai starting point. Di sini sekitar kawasan ini ada banyak bangunan, museum dan tarikan pelancong yang utama. Museum Van Gough ni antara yang paling popular kerana menyimpan hasil seni paling banyak Vincent Van Gough.
Dikunjungi lebih 1.5 juta pelancong setiap tahun, dibuka seawal jam 9am sampai petang. Tiket masuk €12, dan biasanya kena beratur panjang. Haishh… Mahu habis juga sejam lebih berada dalam museum ni. Orang senilah katakan..
- Jika habis awal di Van Gough Museum, boleh terus ke Museumplein. Ini macam dataran merdeka lebih kurang. Ini lokasi paling popular orang Malaysia ambil gambar dengan “I AM STERDAM” (sebenarnya ada satu lagi sign ni di Schipol Airport baru dibuat beberapa tahun lalu). Ketika musim winter, kat sini akan dibuka skating rink. Boleh la layan orang main skating. Nak main sekali pun boleh, kalau skill tahap ‘bole cari makan’.
- Dalam jam 11 pagi begitu, pergilah ke Rijkmuseum. Lebih kurang 5 minit berjalan dari Van Gough Museumnya. Lokasinya betul-betul berhadapan dengan Museumplein. Rijkmuseum ni museum kebangsaan negara Belanda. Museum ni banyak menceritakan bagaimana negara Netherland dari perspektif yang menarik. Tiket masuk €13, pun kena beratur panjang. Tiket boleh dibeli secara online. Lebih mudah.
- Tengahari boleh la berenti makan. Kat Museumplein lepak pun best juga ala-ala piknik.
- Atau pun terus sahaja ke Leidseplein. Sedar tak banyak sangat ‘plein’. Dalam bahasa kita mungkin adalah Dataran. Atau Square dalam Englishnya, kawasan luas seperti padang atau tapak terbuka. So kalau nama dia ada ‘plein’ tu, itulah maksud dia. Leidseplein ni kawasan yang happening, kerana di dataran ini ada ramai orang kerana ia adalah tempat persinggahan utama pengangkutan awam.
Yang lebih istimewa di sini ada banyak street performer yang menghiburkan. Buskers dan penyanyi jalanan juga ramai. Musim summer, orang datang melepak minum di bar atau cafe-cafe dan ketika winter ada skating rink disini. Leidseplein ni kira-kira10 minit berjalan kaki dari Rijkmuseum. Dekat je.
- Dalam jam 2pm, singgahlah ke Anna Frank House. Nak masuk kena bayar dalam €8, dan sekitar 20 minit berjalan dari Leidseplein. Kalau nak tau, rumah ini tempat persembunyian Anna Frank ketika Perang Dunia Kedua. Akhirnya pihak Nazi menemui tempat persembunyian ini dan menghantar mereka ke pusat tahanan. Cara penceritaan dan barang-barang dalam museum ni best jugakla. Cerita Anna Frank ini diketahui dari diari Anna yang kemudiannya ditulis menjadi best-selling novel. Boleh layan…
- Kalau dah boring layan Anna Frank, berjalan kaki ke Dam Square. Dalam 10 minit. Dam Square ni adalah dataran terbesar di Amsterdam di mana tempat utama adalah bekas kediaman bangsawan dan kerabat raja Netherland. Kat sini pun boleh layan street performers dan bagi burung makan.
Di sebelah Dam Square ni ada Madam Tussaud, museum lilin yang glamer tu. Ada duit boleh la masuk tengok patung lilin.
Dam ni sebenarnya macam empangan air yang dahulunya dibina untuk menghalang air dari laut memasuki bandar. Ini tidak menghairankan kerana nama Amster’dam’ itu sendiri telah menggambarkan bahawa bandar ini mempunyai banyak terusan yang cantik-cantik.
- Last sekali naik lah river cruise. 10 minit jalan kaki dari Dam Square. Ini layan juga sejam dalam cruise ni yang menyusuri terusan di Amsterdam ini. River cruise ni is a must lah kot. Top attraction di Amsterdam.
Itinerari #2 : City & Zaanse Schans
Motif : Nak ambil gambar windmill dan melihat kehidupan pinggir laut
Kenderaan : Naik train, dan berjalan
- Seawal pagi jam 9am, pergi terus ke Zaanse Schans (aku pronounce ‘zansesans’.. lidah minang nak buek camno). Ini tempat dimana orang Malaysia tergila-gila nak pergi sebab ada windmill / kincir air tu. Zaanse Schans ni sebenarnya tapak terbuka, so datang awal pagi pun tiada masalah. Ia dipelihara dan mempunyai kincir air atau kilang pembuatan dan juga museum.
Antara kilang (mill) yang boleh dilawati seperti cat dan minyak. Ada mill yang masuk percuma, ada yang kena bayar. Dah nama pun windmill, kat sini angin mesti la kuat-kuat tiupannya. Selain itu senibina rumah disini memang cantik yang dibina seawal tahun 1700.
Selain kincir angin, ada beberapa bengkel dan kedai yang boleh dilawati secara percuma seperti bengkel buat terompah dan juga keju. Disini layan la secawan kopi atau coklat panas di tepi terusan.
Satu perkara yang menarik boleh dilihat disini, jika ada masanya ada jambatan sebelum masuk ke tapak Zaanse Schans yang akan terbuka (terbelah dua?) membenarkan kapal/bot melalui dibawahnya.
Zaanse Schans kalau dilayan boleh hari separuh hari juga kalau setiap minit nak ambik gambar dan selfie. 🙂 Satu perkara orang kata, Zaanse Schans ni terlalu ‘touristik’. Hanya tumpuan pelancong je, tapi windmill tu bukan original kerana ia dibawa dari pelbagai lokasi seluruh Netherland dan dihimpunkan disitu supaya semua pelancong
Malaysiaseluruh dunia boleh tengok dengan mudah. - Dari situ, boleh ke Volendam. Agak jauh juga kira-kira 20 km dari Zaanse Schans. Tapi memang berbaloi sebab Volendam adalah kawasan perkampungan penangkap ikan. Kat sini boleh jalan kaki dengan aman, tetapi angin kuat kerana lokasinya di tepi laut. Tapi memang berbaloi. Nak ambil gambar dengan bot memang cantik kat sini.
- Dari Volendam, boleh berjalan kaki perlahan-lahan 20 minit (best siut jalan tepi laut) sampai ke tempat di panggi Marken. Marken ni macam pulau la sebenarnya tapi bole jer berjalan kaki ke sana sejak tahun 1957 kerana telah dibina penghubung jalan disebut dike (macam batas sawah). Dulu ada banyak perkampungan yang terlibat dengan perikanan disini.
- Dah penat berjalan, dalam jam 4pm tu balik la ke Rijkmuseum. Boleh baca panduan Rijkmuseum kat itinerari #1.
- Last sekali, boleh singgah ke Voldel Park. Taman awam percuma sahaja. Boleh lepak dan tenangkan fikiran. Atau kalau malas nak pegi Vondelpark, boleh amik gambar kat sign ‘I AM STERDAM’ di Museumplein depan Rijkmuseum. Atau kalau ada masa naik la river cruise. Kesimpulannya, ikut korang nak buat apa sebab di city ada banyak tempat.
Jadi mana pelacurannya ? Takde pun dalam itinerari. Hahah..
Untuk tidak menghampakan pembaca, ini adalah itinerari ketiga. Jeng..jeng.
Itinerari #3 : City Center, Kaukenhauf & Red Light District
Motif : Nak pegi tempat yang cool, rare dan orang muda je yang suka.
Kenderaan : Naik trem, metro dan berjalan
- Senarai tempat ini tidak disusun ikut keutamaan atau aturan masa. Sebab tempat macam ni tak semua orang suka. Cuma die hard fan je yang suka.
- Kaukenhauf Tulip Fest. Yang ini bermusim. Bukan tiap masa. Siapa yang suka nak ambil gambar tulip atas padang yang luas, sinilah tempatnya. Rujuk di laman rasmi disini untuk mengetahui tarikh dan musimnya. Ia antara taman bunga terbesar di dunia.
- Antara tempatnya adalah Hard Rock Cafe. Lokasi berhampiran dengan Rijkmuseum. Belikan abang sehelai T-Shirt ye.
- Tempat lain yang cool seperti Flower Market. Kira-kira 10 minit berjalan dari Flower Market. Kat sini ada jual benih bunga, souvenir murah, kedai-kedai dan juga marijuana. Boleh beli 5 gram sehari secara halal. 🙂
- Then mungkin boleh ke Waterlooplein. Ini kena naik Metro dan turun kat stesen Waterlooplein. Flea market menjual barang-barang antik, klasik dan juga bundle.
- Stadium Ajax Amsterdam. Team ‘belasahan’ Eropah. Hehe. Cari la sendiri dalam peta.
- Sex Museum. Masuk bayar.
- Tempat yang dinantikan adalah Red Light District. Pi cari sendiri! Hahahah…
// Maklumat pengangkutan awam seperti tren, train, metro dan bas boleh rujuk dalam post yang lepas DISINI.
// Amsterdam bagi aku tempat yang berbaloi untuk dilawati lebih dari sehari. 2 hari itu sebaiknya.
Selamat kembara!
Foto kredit : Mohd Fauzi dan Azhari Abas
totol budget berapa bro?
ID : Alamak! Otai dah masuk. Free je kebanyakan tempat, kecuali museum tu je.
Em tumpang tanye ?
1) Kalau pergi zaanse schans ade bayaran apa apa tak?
2) Agak2 tiket bas di amsterdam dalam berape euro ye?
3) Zaanse schans ke volendam perlu naik feri ke dan berape tambang ke volendam tu?