You are currently viewing Kereta Sekadar Kereta

Kereta Sekadar Kereta

Beli kereta bukan untuk impresskan orang lain.

Memang betul, harga kereta disini memang mampu milik. Memang kereta lebih murah. Kalau berduit sikit boleh beli kereta second hand sekitar £1500 hingga £3000 sahaja. Sekitar RM20K. Sudah memadai. Tunai. Tanpa loan.
.
Tapi itu tidak dicampur dengan bayaran roadtax, MOT (macam PUSPAKOM inspection) dan insuran. Kalau dicampur-campur, mungkin kos memiliki kereta mungkin adalah lebih mahal di UK.
.
Sebab itu, orang marhaen macam aku cuma memilih kereta yang murah sahaja. Selebihnya naik naik bas atau tren. Atas bukan sebab keperluan keluarga, aku tidaklah mahu berkereta di UK. Di Malaysia, kereta satu keperluan. Tidak mungkin kau sanggup tunggu bas yang tidak kunjung tiba kan ?
.
Tapi aku seronok sebab tiada orang memandang lekeh kereta apa aku pakai. Dan tentunya tidak menilai diri aku sebagai warga kelas kedua kerana naik public transport. Disini memiliki kereta itu adalah satu pilihan, ia tidak membezakan darjat dan status.
.
Mungkin dulu aku selalu melebihkan kemahuan dari keperluan. Semakin lama kereta semakin besar, tapi sebenarnya tidak ia lebih dari sebongkah besi yang membawa aku dari satu tempat ke satu tempat.
.
Tidak semakin miskin kalau naik kereta kecil. Biarlah mata orang sahaja yang menghukum. Biarlah kecil asal berhasil. Hanya kita sahaja yang tahu ukuran baju dibadan sendiri. Orang lain tidak tahu.
.
Cubalah hidup tanpa social expectation. Seronok.

Catatan kontot
Irwan Dahnil
Live life by design
Glasgow, Scotland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply