Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Saya curi-curi masa buat catatan sedikit dalam blog dua hari sebelum hari pembuangan undi.
“Irwan, saya kenal Dato’ Sri xxxxxxx . Saya rasa masa pilihanraya ni masa yang paling sesuai kita nak cucuk projek “
“Saya kenal orang dalam. Awak siapkan proposal, nanti saya bawak jumpa dia untuk dapatkan sokongan”
“Orang-orang ni sedang cari projek. Apa kata kita cadang kat diorang buat projek ni? ‘Cable2’ dorang mesti luluskan punye!”
Ini adalah ayat-ayat biasa yang saya selalu dengar apabila dikaitkan politik dengan bisnes. Bagaimana dengan anda ? Ada ayat-ayat yang lagi ‘power’ yang anda boleh kongsikan.
Ada orang kata, nak bisnes kita mesti ada ‘contact’ dengan orang politik. Baru boleh maju dan kaya. Betul ke?
Jadi bagaimana seseorang tu yang naif, tak kenal mana-mana orang politik ? Tiada ‘cable’ dan orang dalam ? Tidak ‘survive’ ke mereka nanti ?
Saya sendiri sebenarnya tidak cenderung kepada mana-mana parti politik kalau melibatkan perniagaan.
Pada saya, mereka yang meletakkan 100% kebergantungan kepada parti politik, ahli politik, menteri, ‘cable’, orang dalam dan seumpama dengannya, sebenarnya berada dalam keadaan yang bahaya. Sekiranya semua projek diharapkan dari golongan ini, ini sebenarnya menjejaskan jangka hayat perniagaan.
Tidak bermakna kita tidak perlukan orang politik, cable, orang dalam atau kerajaan.
Kita perlu! Tidak kira siapa kerajaannya, tidak kira siapa orangnya. Tetapi hendaklah dalam keadaan yang tertentu. Bukan dalam semua keadaan.
Mereka ini perlu digunakan untuk mempermudahkan, membantu dan juga menyokong. Itu sahaja.
Erti kata lain. Kalau tiada mereka, bisnes tetap berjalan seperti biasa. Kalau ada mereka banyak perkara menjadi mudah.
Yang lebih silapnya, kalau mereka tiada (kene pecat, tak panjang umur, tak dilantik semula) , bisnes kita pun tutup! Bagi saya, itu bukan bisnes yang asli.
Bisnes yang asli sebenarnya tidak bersandarkan 100% kepada golongan ini. Perlu bijak. Kalau ada konsep ‘timbal-balik’ perlu lah lebih berhati-hati. Silap-silap ada unsur-unsur rasuah pula nanti!
Kalau tanya saya, siapa pun bagi projek yang saya mampu buat saya ambil! Tak kira lah dacing ke, bulan ke, roket ke … Kan orang kat, rezeki jangan ditolak! 🙂
Bak kata Donald Trump ” Keep It Strictly Business “
Selamat Mengundi!