Salam Sejahtera,
Posting hari ini mungkin lari sikit dari topik SMS. Saja beralih topik sedikit. Kalau anda masih ingat posting saya tahun lalu mengenai orang-orang kaya di dunia ? Apabila jutawan tidak lagi menjadi tahap pencapaian kekayaan yang tinggi, billionaire menduduki takhta baru.. Billionaire, atau pun biliowan (betul ke istilah ni ?) sudah menjadi suatu ukuran baru dalam menentukan tahap kejayaan dan kekayaan seseorang. Kalau jutawan ni mungkin sudah terlalu ramai atau nilai tersebut sudah terlalu rendah untuk zaman ini..
So cabaran untuk menjadi biliowan telah lama bermula… Cita-cita jutawan perlu di’upgrade’kan sekarang.. 🙂
Saya hampir hilang pengiraan terhadap Bill Gates dalam menduduki carta tertinggi dalam golongan elit ini. Tahun ke 13 berturut-turut! Asyik2 Bill Gates, tetapi itulah hakikat. Sungguhpun begitu, jurang perbezaan kekayaan Bill Gates semakin menipis. Warren Buffet cuma beberapa billion sahaja di bawahnya. Mungkinkah Buffet akan ‘menaiki takhta’ tahun depan ?
Walau apa pun, Top 5 yang mengungguli carta bilionaire tetap muka yang sama, dan paling penting, jumlah kekayaan mereka juga turut meningkat. Semakin kaya! Senarai penuh orang terkaya di dunia boleh rujuk di sini.
Kereta idaman anda?ÂÂÂ
Saya masih teringat ketika dulu, saya pernah ajukan soalan kepada adik saya yang 10 tahun lebih muda dari saya. ” Nanti Iman dah besar, Iman nak naik kereta apa?”
” Iman nak beli kereta zaman Iman lah…”
Heh.. Terkedu seketika. Ketika saya sudah membayangkan akan memiliki BMW, adik saya rupanya lebih advance. Lebih maju ke hadapan. Betul juga jawapannya.
Sekarang, saya lebih mengerti mengapa kita perlu beli kereta di zaman kita. Perlu diingat sekiranya anda ingin kaya, anda perlu melabur dalam aset. Dan kereta bukanlah aset hakiki. Harga kereta semakin hari semakin turun, semakin murah. Sekiranya dahulu lagi saya telah memiliki BMW, tentunya harga sudah turun. Erti kata lain, kekayaan saya sudah berkurangan.
Bijak juga adik saya. 🙂 (Kerana itu adik saya lebih praktikal dalam memilih kerjaya bersama MAS sebagai jurutera dan memilih untuk mendapatkan sijil profesional berbanding dari mendapatkan ijazah yang belum menjanjikan pekerjaan!)
Anyway, dalam langkah sebelum kaya, pilih lah aset. Dalam pelbagai bentuk. Tanah, rumah dan sebagainya. Bila duit sudah mula bekerja untuk anda, memilih kereta ibarat memilih ikan di pasar !