Salam Sejahtera,
Hampir seminggu tiada catatan dari saya.. Ke mana menghilang ye? Senyap je… 🙂
Minggu lepas saya baru selesai menyiapkan pembentangan projek SMS saya dihadapan panel MavCap, MDeC dan Mara. Asas pembentangan untuk melihat sejauh mana perniagaan yang saya cadangkan ini berdaya maju, mempunyai prospek di masa hadapan dan yang paling penting perniagaan saya ini mampu untuk menarik ‘pelabur-pelabur’. Konon2 hajat dihati, saya ingin mencari ‘pelabur’, tetapi saya pada awal lagi telah menetapkan bahawa sasaran saya hanya untuk melihat respon atau maklum balas dari panel. Tidak lebih dari itu (walau bersengkang mata tak tido malam untuk siapkan pembentangan). Anyway, saya tidak perlukan pelabur untuk perniagaan saya buat masa sekarang!.
Cerita Usahawan Book Smart
Masa dahulu, nak dapat segulung ijazah bukan mudah. Saya mungkin bernasib baik, tetapi ada rakan2 saya yang berasal dari kampung yang ibubapanya terpaksa bergolok bergadai untuk menyekolahkan anak. Begitu mahal harga sebuah ijazah ketika itu. Kawan saya, Leman (bukan nama sebenar), dianugerahkan otak yang cerdas, dan begitu cemerlang dalam pelajaran. Selalu membantu mak menjual goreng pisang, mungkin antara sebab beliau terdorong untuk meneruskan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan di London atas tajaan JPA.
Balik dari London, Leman bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah GLC. 12 tahun kemudian selepas rasa agak tersiksa bekerja dibawah telunjuk orang, beliau berhenti makan gaji dan memulakan hari berikutnya sebagai seorang usahawan. Leman yang penuh dengan ilmu didada, dan juga pengalaman 12 tahun Leman mampu menguruskan perniagaannya sehingga berkembang. 5 tahun selepas bermula perniagaan, syarikat beliau tersenarai di Bursa Saham dan beliau menaiki kereta mewah ke sana ke mari dengan hasil wang perolehan saham.
Leman seorang yang berjaya. Seorang jutawan dalam perniagaannya. Dan Leman seorang yang mempunyai ilmu yang dipraktikkan dan menjadi seorang yang sangat terkenal dalam industrinya.
Cerita Usahawan Street Smart
Kawan saya, Syed (juga bukan nama sebenar) yang tak abis sekolah (drop out). Abes sekolah sampai Form 3, itu pun selepas berenti sebab ada masalah disiplin sekolah. Saya rasa ramai yang mempunyai kawan seperti Syed. Syed, walau pun ada sedikit perasaan malas dalam dirinya, bukan seorang yang berat tulang. Mungkin atas desakan hidup, Syed membuat pelbagai kerja, dari mencuci kereta sehingga mengutip hasil2 hutan. Yang penting, hidupnya diteruskan. Syed percaya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Syed yang hanya pandai membaca dan mengeja. Kalau nak memohon kerja, tidak lebih sebagai seorang mat despatch atau sehebat-hebatnya jadi kerani.
Syed mulakan usaha kecil-kecilan. Pelbagai perniagaan Syed cuba, dari broker tanah sehingga ke penternak ayam. Banyak pengalaman yang di timba. Bukan setakat pengalaman, jatuh bangun perniagaan (yang biasanya banyak rugi dari untung) pun dah menjadi makanan harian Syed. Biasalah.. hari ini untung, esok belum tentu.
Alah bisa, tegal biasa. Lama kelamaan Syed berjaya mewujudkan rangkaian syarikat yang menjual kereta terpakai. Dalam masa 9 tahun cawangan perniagaannya boleh dikatakan ada diseluruh negeri. Rangkaian perniagaannya terus berkembang.
Dah jadi tokey kereta, tentunya Syed juga dapat merasai nikmat empuk duduk di rumah yang besar, dan juga senyap dan eksklusifnya duduk dalam kereta mewah yang mempunyai pemandu peribadi sendiri.
Syed juga seorang yang berjaya. Seorang jutawan dalam perniagaannya. Dan Syed seorang yang mempunyai pengalaman pahit perniagaan yang menjadikan beliau seorang yang berjaya.
Apakah beza antara Leman dan Syed ?
Kedua-duanya berjaya sebagai usahawan. Cuma laluan tidak sama.
Leman memilih kehidupan yang lebih lurus, terancang, dan menggunakan pengalaman 12 tahun sebagai sandaran untuk berjaya. Syed melalui jalan berbeza, penuh kegagalan, bermula dari bawah dan juga mengharungi hidup dengan apa yang ada.
Tidak semua laluan usahawan itu sama. Tidak ada sebarang cabaran yang menghalang seseorang untuk menjadi usahawan. Kecil atau besar perniagaan, bukan ukuran, tetapi semangat dan nyala rasa sebagai usahawan yang membezakan adalah kita mampu untuk mengharungi liku2 sebagai usahawan.
Belum pernah saya dengar ada usahawan menyatakan menjadi usahawan adalah senang. Semua pernah merasai ‘sakit’ (malah ada yang terduduk atau tergolek2) . Atas dasar ini, saya rasakan usahawan yang berjaya adalah usahawan yang paling kuat jati dirinya.
Kalau tidak saya rasa, mungkin dah ramai usahawan yang jadi sasau dan tak siuman (ada..bukan takde)!