Malaysia Internet Summit akan diadakan pada 21 Februari 2010 di PWTC Kuala Lumpur. Adakah anda akan menghadirinya ? Bagi saya ada sebab mengapa saya akan menghadiri acara penting industri pemasaran internet ini..
1. Sejak 2005, saya tidak pernah saksikan penyertaan pakar pemasaran internet paling ramai yang akan berkongsi satu pentas. Sebelum ini kalau ada sekalipun mungkin seramai 5 atau 6 orang pakar sahaja, tetapi kali ini 12 orang! Ia ibarat Anugerah Grammy dalam industri muzik!
2. 12 orang panel adalah panel paling lengkap dengan penguasaan cabang pemasaran internet masing-masing. Dari segenap sudut, bermula dengan produk digital dan ebook sehinggalah produk fizikal. Tidak terkecuali seperti pakar affiliate, pakar Ebay, SEO dan pakar blog.Setiap panel mempunyai kekuatan masing-masing.
3. MIS tidak ‘gender bias’ kerana turut membawakan seorang panel wanita yang cukup berpengaruh. Jangan segan kalau anda seorang wanita, anda tidak pernah dilupakan 😀
4. Acara sampingan Social Networking turut akan disertai oleh tetamu jemputan yang dekat dihati. Oleh itu, sepanjang MIS turut serentak berlaku aktiviti yang meningkatkan rangkaian sosial anda.
4. Menghadiri seminar dan persidangan seperti ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan ilmu selain dari membaca buku, mendengar audio dan sebagainya. Sekurang-kurangnya 3 kali seminar dan latihan dalam setahun.
Maklumat panel dan pakar yang hadir, ada DISINI!
5. Jika anda memandang ke hadapan, ini adalah masanya untuk mencari business venture. Lebih mudah untuk berurusan dihari kemudian. Hulurkan kad perniagaan anda, dan hubungi mereka nanti melalui email. Bayangkan email yang anda akan kirimkan berbunyi begini :
” Assalamualaikum Tuan XXX, Saya doakan agar tuan berada dalam keadaan sihat. masihkan tuan ingat pertemuan kita di MIS2010 dahulu? Saya sebenarnya memerlukan pandangan tuan ….. ”
Joint Venture lebih mudah bermula apabila kita pernah bersua muka. Rakan JV akan memberi maklum balas yang lebih kepada anda, kita pernah berjumpa berbanding orang yang tidak dikenali. Kalau tak percaya, cubalah!
6. Jika anda datang sebagai penuntut, ini adalah peluang anda untuk memilih sifu yang tepat. Hanya belajar dari yang terbaik!
7. Anda tidak akan berasa ‘kecil’ kerana ramai juga orang yang setaraf dengan kita. Tiada peserta yang kecil, tiada impian yang terlalu besar!
8. Peluang bergambar dengan mereka yang berpengaruh. Ingat frasa “Great mind think alike”. “A feather of birds flock together” ? Gambar bersama orang berpengaruh akan memberikan limpahan aura kepada anda. Anda juga akan dikenali sebagai orang yang mempunyai kenalan dikalangan mereka yang hebat. Bayangkan rakan anda berkata ” Eh! Engkau berkawan dengan Irwan Dahnil ye ?”, contoh je…
9. Ini adalah MIS yang julung kali diadakan. Kemungkinan untuk diadakan lagi adalah pada tahun hadapan pula. Menjelang tahun hadapan, senario pemasaran internet telah berlaku. Adakah anda akan terus ketinggalan nanti?
Saya juga ingin berjumpa anda DI SANA!!
Sebenarnya kita tidak perlu sebab untuk hadir ke MIS 2010. Kita hanya perlukan dorongan.
Insyallah, jumpa di sana!