Selamat Hari Raya!
Alhamdulillah. Selesai sudah kita menunaikan puasa selama sebulan sepanjang Ramadhan. Saya rasa bersyukur kali ini dapat menyempurnakan ibadat dengan baik. Semoga segala amal kita diterima oleh Allah. Insyallah.
Tidak seperti ramai ‘bloggers’ yang lain yang mengambil cuti untuk menyambut 1 Syawal bersama keluarga, saya dapat meneruskan pengisian blog saya pada kali ini di rumah orang tua saya di Selayang. Capaian internet 24 jam dan saya rasa, musim raya ini memberi saya lebih masa untuk blog dari hari2 kebiasaan.
Bukan saya nak berkongsi cerita raya. Memang tak banyak pun cerita raya yang dapat dikongsi. Mungkin, maybe seronok juga dapat mengayam ketupat, dan gotong-royong bersihkan rumah bersama adik beradik yang lain.
Apa pun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin sekiranya terdapat kesilapan bahasa, atau tutur kata yang tidak menyenangkan. Sesungguhnya dijadikan setiap hari itu untuk kita menginsafi diri dan bermaaf-maafkan. Bermaafan itu adalah pengubat jiwa.
p.s : Ketupat tersebut adalah gambar ketupat sebenar yang diambil 2 jam selepas masak!