Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
1. Sepanjang hari ini, banyak status di Facebook rakan-rakan yang berkata mengenai Disember. Di penghujung tahun, ada yang mengeluh kerana tidak berjaya mencapai matlamat sebaliknya ada yang gembira kerana telah melebihi dari apa yang dihajati.
” Di awal tahun saya berazam untuk menulis sekurang-kurangnya sebulan sekali di blog. Tetapi catatan terakhir saya adalah pada September! 🙁 “
2. Percaya dengan satu pepatah yang menyatakan ‘biar kecil dari berhasil..” Ia azimat setiap kali menetapkan matlamat. Pesan Peter Drucker bahawa menetapkan matlamat mesti selalu menggunakan S.M.A.R.T ! Jadi jika pencapaian kurang ‘smart’, ia adalah biasa. Apa yang penting, kita menilai semula untuk menjadikan ia lebih bijak dan boleh dicapai.
3. Tetapi yang menjadi bahaya jika disebabkan pencapaian besar tidak tercapai, habis segala pencapai kecil dilupakan. Rahsia untuk mencapai kejayaan besar terletak kepada berapa banyak pencapaian kecil yang telah dicapai. Contoh mudah, jika kita pandai mengeja, seterusnya kita akan pandai membaca. Mengeja diibaratkan sebagai pencapaian kecil membolehkan kita membaca (pencapaian besar). Bagi penulis buku pula, kejayaan kecil adalah apabila berjaya menulis sebuah bab dalam buku, pencapaian besar adalah apabila buku berjaya dicetak dan diterbitkan.
4. Mungkin jika Arnold Schwarzenegger tidak menjadi Mr Olympia acara sukan bina badan, beliau tidak akan menjadi hero filem boxoffice Terminator. Dan mungkin juga jika beliau tidak sepopular menjadi bintang filem, beliau tidak terpilih menjadi Gabenor California sekarang! Formula ‘Success Breed Success’ terpakai disini bererti suatu pencapaian awal akan menghasilkan pencapaian susulan.
5. Jadi appreciate apa pencapaian kecil yang telah dicapai. Ingatkan semula apa juga perkara yang memberi kepuasan. Bagi yang baru pertama kali menjual, ingatkan seronoknya mendapat RM1 yang pertama. Atau mungkin sekarang anda telah yakin untuk bercakap dengan pelanggan berbanding dahulu. Ini semua kejayaan kecil yang tidak dimasukkan dalam matlamat awal tahun.
” Antara pencapaian kecil saya adalah apabila Page Facebook Irwan Dahnil Insight telah mencapai 1000 Like sebelum akhir tahun. Saya hargai pencapaian tersebut. Moga tahun hadapan mencapai 2000 Like pula 🙂 “
6. Kumpulkan kejayaan kecil. Jadikan ia ibarat sebuah kompilasi kejayaan. Ibarat unit-unit asas kejayaan yang hebat. Tiada pencapaian yang hebat tercapai tanpa pencapaian kecil.
Hampir boleh mengucapkan selamat tinggal kepada tahun kejayaan kecil 2011. Kejayaan besar menanti di tahun hadapan