Website Anda Mempunyai Elemen Manusia ?

Salam Sejahtera Pembaca Yang Dihormati,

Tentu anda dah biasa mendengar istilah ‘Pelanggan Adalah Raja’ yang menunjukkan betapa berkuasanya pelanggan dalam perniagaan kita.

Setelah saya amati, perniagaan internet mempunyai suatu keunikan tersendiri dimana khidmat pelanggan dapat diautomasikan. Sama ada meletakkan sepenuh informasi mengenai produk atau perkhidmatan di website atau menyediakan support ticket. Ini sebenarnya sungguh cekap tanpa perlu melayan karenah pertanyaan yang mengarut-ngarut dari pembeli.

Cuma satu kekurangan dengan perniagaan internet adalah dengan kurangnya ‘human intervention’, ‘personal touch’ atau ‘communication skill’. Seolah-olah pelanggan sedang bercakap dengan PC 🙂

Walaupun cara tersebut merupakan biasa / nettiquette, tetapi tahukah anda sekiranya anda tambahkan sedikit elemen kemanusiaan dalam website anda akan meningkatkan lagi jualan atau sekurang-kurangnya keyakinan pelanggan ?

Bagaimana untuk meletakkan elemen kemanusiaan tersebut ? Antaranya :

~ Letakkan wajah anda di laman web : Cuba lihat, website yang asli, tiada unsur-unsur mencurigakan, tiada niat untuk menipu, tidak scam berani meletakkan wajah mereka di website. Ini kerana mereka yakin dengan perniagaan mereka!

~ Letakkan sedikit video yang memaparkan wajah anda. Mungkin contoh yang baik anda boleh lihat laman web Rajaadsense.com . Sham dengan yakin membuat self recorded video untuk menunjukkan cek dari Google yang diterimanya

~ Letakkan nombor telefon anda sekurang-kurangnya nombor handphone. Sebaik-baiknya telefon tetap

Kalau tak percaya, anda cuba. Anda akan lihat pelanggan yang menghampiri anda adalah pelanggan yang asli, yang betul2 berminat dengan produk atau perkhidmatan anda.

p/s : Seminar Perniagaan SMS akan diadakan pada 26 Januari di Quality Hotel. Cepat-cepat mendaftar ketika masih pada harga promosi. Saya rasa saya seorang je yang letak yuran penyertaan di bawah RM300 sekarang ini 🙂 DAFTAR DISINI!!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply