Usahawan + Internet + Teknologi

Salam Sejahtera,

Di penghujung 2006, saya mempunyai sedikit peluang berada agak lama di KL. Lega juga rasanya, selepas jadual 2006 dirasakan padat dengan aktiviti dan urusan luar KL. Kesempatan ini saya gunakan untuk melakukan kerja-kerja perancangan untuk tahun 2007, melihat progress dan perkembangan perniiagaan khususnya pemasaran internet.

Setelah hampir 6 bulan saya memulakan blog ini dan melibatkan diri dalam pemasaran internet, saya rasa bersyukur kerana saya rasa saya tidak terlalu jauh dengan ruang lingkungan kehidupan saya sebelum ini. Walau pun sebelum ini, saya hanya terlibat dengan perniagaan dan pemasaran di bumi nyata, tetapi saya berpeluang untuk memulakan pemasaran internet. Mungkin bernasib baik, latarbelakang IT saya banyak membantu mempercepatkan proses pembelajaran.

Ramai yang beranggapan untuk menceburkan diri dalam pemasaran internet memerlukan komitmen yang tinggi, masa yang lebih dan juga usaha yang berlipat kali ganda. Bagi saya ada kebenarannya, tetapi ada yang tidak benar. Bergantung kepada bagaimana kita terlibat, sesuatu penglibatan mungkin menjadi mudah, atau sukar. Percayalah! Ada cara yang mudah… 🙂

Bercerita tentang pembelajaran, saya juga berkesempatan untuk menghadiri Seminar Rahsia Internet Dr. Irfan Khairi. Sebelum ini sangat sibuk sehinggakan tidak berpeluang. Nanti saya ceritakan. Sempat juga jumpa dengan team Cheapestcovers ni…

Lari pulak tajuk sedikit. Tapi bagi saya, saya boleh simpulkan, kepada mereka yang mempunyai latarbelakang ICT dan komputer, saya sangat sarankan untuk menceburan diri dalam pemasaran internet. Ia tidak jauh berbeza dan bukan satu batu loncatan yang tinggi! Anda tidak perlu bersusah berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan IT.

Tidak kah anda mahu mengambil peluang itu?

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply