Kepada MOST 2 & SKIT 4.
Saya cuma nak menyampaikan pesanan Abg Joe. Ikut perancangan nak buat LPU3 pada 4-8 Sept. Kalau tanya pada saya, memang setuju sangat (Azam MOST pun mesti setuju)… Kenapa saya menyokong :
1. MOST 2 & SKIT 4 sempat untuk graduate LPU menjelang akhir tahun. Kebiasaannya, akhir tahun MARA akan buat majlis ala-ala konvokesyen. Tarikh tak pasti. Tapi lagi cepat abes lagi bagus, so kita bole participate lebih proaktif dengan agenda MARA.
2. Kepada sesiapa yang berminat kepada bidang perundingan pembangunan usahawan. BERITA BAIK untuk anda! Kalau dah abes LPU, secara tidak rasmi kita boleh join consultan MARA as ‘associate consultant’. Boleh ikut diorg kendalikan LPU, at least we learn something about entrepreneur development. Caranya mudah saja! Abes kan dulu LPU. 🙂
3. Kalau ikut kan, tarikh LPU 3 tak leh terlalu jauh dengan LPU 2. Takut2 ilmu2 LPU 2 semakin pudar dan pupus 🙂 … Anyway, sebagai revision, masih ingatkan anda lagi sebelah mana debit dan sebelah mana kredit ???
4. LPU 3 lebih menekankan kepada business plan. Business plan kelak akan digunakan oleh consultant MARA untuk menilai daya maju sesuatu perniagaan. Saya rasa lagi cepat kita adakan LPU 3, lebih baik kerana masing2 akan dapat gambaran dan mula merancang dari sekarang perniagaan masing2. Jangan tunggu hingga saat-saat akhir, business biarlah bermula lebih awal.
5. Kalau MARA dah propose tarikh LPU, saya akan SOKONG! Ikut kan pengalaman, BPU ada masalah untuk menetapkan tarikh LPU kerana koordinasi yang kurang efektif. Kalau kita boleh kasi tarikh cadangan dan beri sokongan terhadap perancangan BPU, so kita tak perlu tertunggu- tungu lagi bile BPU ‘sempat’ nak menganjurkan LPU ….
So, apa kata kawan2 ??? Jot down some comment so saya boleh proceed dengan MARA on what I should do next..
p/s : sape2 yang ada any photo kat Pangkor masa LPU2, please send to me so we can share …