Kertas Kerja Mantap – Perancangan Pemasaran I

Salam Sejahtera,

Saya telah membuat auto posting dalam blog ini. Ketika ini saya sedang bercuti, mungkin juga sedang bermain2 ditepi pantai atau mungkin juga sedang mendaki gunung.. Ahhhhh! Alangkah seronoknya bercuti….

Apa pun, saya tetap juga dapat mencatatkan sesuatu dalam blog ini. Khususnya bagi mereka yang sedang mencari-cari mengenai kertas kerja, saya cuba berkongsi dengan anda beberapa bahan lagi yang mungkin membantu.

Kali ini kita masuk ke bab perancangan Pemasaran dalam kertas kerja perniagaan. Bab yang saya rasa paling penting, yang tidak sepatutnya dipandang ringan oleh bakal usahawan. Sebenarnya dalam bab ini merupakan ‘key’ yang paling utama dalam menentukan sesuatu perniagaan berdaya maju atau tidak. Bab ini tidak seharusnya disediakan tanpa kajian lapangan yang menyeluruh dan secara mendalam.

Untuk pengetahuan anda, sekiranya seseorang yang ingin memberi anda pinjam wang, disinilah perkara yang paling penting yang dilihatnya. Adakah sesuatu projek tersebut memang boleh berjaya atau adakah projek tersebut hanya satu angan2. Kebanyakan kita tersilap dalam menyediakan kertas kerja perniagaan apabila bab perancangan pemasaran yang disediakan adalah berdasarkan andaian dan ciptaan semata-mata. Tanpa sebarang bukti atau statistik yang kukuh, saya rasa kemungkinan besar kertas kerja anda akan ditolak.


Sebagai memulakan bab ini, saya cuma akan senaraikan apakah perkara2 yang seharusnya ada dalam perancangan pemasaran anda :

  • Pelanggan dan Segmen Sasaran Pasaran
  • Analisa Pasaran
  • Produk dan Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Persaingan dan Gelagat Pelanggan
  • Pesaing Utama
  • Strategi Pemasaran
  • Pemasaran dan Jualan
  • Harga
  • Strategi Jualan
  • Ramalan Jualan
  • Pakatan
  • Risiko Kritikal
  • Perbelanjaan Pemasaran
  • Post-post akan datang saya akan cuba huraikan satu persatu…

    irwan.dahnil

    ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

    Leave a Reply