Model Pemasaran SMS #4 – Sistem Tempahan

Salam Sejahtera,

Lega saya rasa sebab dapat recover balik kandungan blog ini. Bukan masalah hack atau seumpama dengannya, tetapi kali ini saya agak keliru dengan teknologi blog ini. :

Kali ini saya akan mendedahkan satu lagi model pemasaran SMS yang sesuai digunakan.

Gunakan Sistem Tempahan Untuk Pelbagai Media Promosi…

Sebelum itu, kebanyakan istilah yang saya gunakan untuk sistem SMS ini adalah ciptaan saya sendiri, memandangkan tiada istilah yang telah untuk menamakan sistem ini. Jadi saya gunakan istilah yang mudah dan boleh difahami. 🙂
Sistem Tempahan SMS adalah suatu sistem yang menggunakan SMS sebagai alat untuk membuat sebarang tempahan. Sebagai contoh, ketika kita membuat tempahan, kita perlu mengambil borang dan juga mengisinya sebelum kita menghantar borang tersebut. Atau di internet, kita perlu mengisi borang atau form untuk memasukkan sesuatu maklumat.

Tempahan pula adalah pelbagai. Kita boleh gunakan untuk tempahan buku, VCD atau sebarang produk fizikal. Malah sistem ini boleh digunakan untuk membuat tempahan untuk sebarang penyertaan seperti seminar Pemasaran Internet Dr Irfan atau Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet anjuran Saifulsham. Peserta boleh membuat tempahan terlebih dahulu (advance booking) sebelum mengesahkan penyertaan dengan membuat pembayaran.

Kelebihan utama sistem tempahan ini adalah ia bersifat universal dan centralized. Ini bermaksud saya boleh membuat pengiklanan dimana2 sahaja ; TV,radio, akhbar, website atau dimana2 sahaja dan semua tempahan itu akan masuk ke satu pangkalan data sahaja! Berbeza dengan internet, saya perlu memeriksa email saya untuk sebarang tempahan. Ini bermakna kaedah promosi konvensional menyebabkan saya perlu memeriksa sebarang tempahan mengikut kaedah yang berlainan. Tetapi dengan SMS, semua tempahan disatukan. Lebih mudah dan cekap.

Senario Perniagaan:
Sebagai contoh, anda boleh layari laman web saya tentang membuat ringtone telefon bimbit anda sendiri. Cuba klik di butang ORDER. Perhatikan saya menggunakan sistem tempahan SMS di website ini dengan meminta pelanggan saya menaip SMS

Contoh Aplikasi:
Kita andaikan Saifulsham ingin menganjurkan seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet. Oleh itu mereka yang ingin menyertainya seminar tersebut cuma perlu menghantar SMS untuk menempah tempat untuk seminar tersebut. Sebagai contoh ;

RBDDI[jarak]TEMPAH dan menghantarkan ke 32781

* [jarak] bermaksud space atau ruang, dan tidak seharusnya ditaip semula ketika menaip mesej

Setiap SMS yang diterima akan dikenakan caj sebanyak RM0.50. Selepas itu, satu SMS akan diterima oleh pelanggan yang mengesahkan tempahan beliau.

Pemasaran SMS vs Pemasaran Internet :
Setiap tempahan melalui internet memerlukan anda untuk memeriksa email atau setidak2nya mempunyai capaian internet untuk memeriksa tempahan. Pelanggan pula perlu mengisi borang yang melecehkan. Pemasaran SMS mempercepatkan proses tanpa perlu capaian internet dan boleh digunakan di pelbagai media.

Prospek:
Sesuai untuk mereka yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang memerlukan mekanisma tempahan awal. Antara website yang boleh digunakan adalah seperti website yang menjual ubat kuat seperti trebest, kedai buku Abang Fauzul, atau laman web Dr. Irfan Khairi

Apa pendapat anda? Ada sebarang komen dengan model perniagaan SMS ini?

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply