Manusia Ini Pelik | Produk Anda WAJIB Unik!

Salam Usahawan Pembaca Blog Yang Saya Hormati,

Cuba anda fikir-fikirkan sejenak, yang mana satu anda pilih :

– Antara KFC dan McDonald ?
– Antara nasyid dan pop rock ?

– Antara warna biru atau merah ?

Kalau anda telah menjawab soalan diatas, jawapan anda tentu dalam kemungkinan berikut :

1. Anda memilih satu antara dua

2. Anda memilih yang lain dari pilihan yang ada

3. Anda tidak memilih mana-mana
4. Anda tidak berminat langsung untuk memilih!

Anda lihat, sekurang-kurangnya saya dapat tafsirkan 4 kemungkinan dari pilihan yang diberikan.

Itulah hakikatnya.

Manusia itu pelik. Berbagai ragam dan mempunyai 1001 perbezaan dalam citarasa, pendapat dan pandangan.

Itulah sebenarnya menyebabkan wujudnya banyak bentuk produk dan perkhidmatan yang berbeza.

Contohnya, KFC lebih fokus dalam ayam-ayam gorengnya, manakala McDonalds lebih kepada burger-burger istimewanya.

Dalam perniagaan, wujudkan kelainanan dalam produk dan perkhidmatan anda.

” Kelainan dalam produk adalah mewujudkan KEUNIKAN terhadap produk. Produk yang biasa itu sesuatu yang MEMBORINGKAN! “

Disebabkan kepelikan manusia inilah yang menyebabkan produk anda akan mendapat tempat.

~ Ketika saya mula-mula nak tulis buku Buat Duit Dengan SMS, orang kata saya ni tak berapa betul! 🙂

~ Dalam Seminar SMS, ketika saya katakan pemasaran SMS boleh bermula dengan kos ‘zero’, semakin ramai kata saya tak betul!

Semakin pelik idea dan produk anda, sebenarnya semakin besar ruang perniagaan yang anda boleh teroka.  Tapi perlu diingat :

” Just Because You Are Unique, Does Not Mean You Are Useful And Acceptable! “

Bermaksud, bila anda inginkan keunikan, pastikan ia dapat diterima kerana anda orang memerlukan. Jangan syok sendiri!

Tips untuk mencari keunikan produk : Cari market yang pelik-pelik! Kenapa Airasia berjaya, kerana keunikannya memberikan peluang semua orang untuk terbang 🙂

p/s : Saya akan re-launching satu laman web baru tidak lama lagi. Laman web ini memang unik dan tak pernah di Malaysia atau di dunia pernah dibuat oleh orang. Nantikan!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply