Adakah golongan ingin cepat kaya lebih ramai dari golongan ingin berusaha?

Salam Sejahtera,

Saya menerima email hujung minggu lalu bertanyakan tentang ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Apabila saya baca email tersebut saya dapat bacakan penulisnya adalah jujur, berterus-terang dan mahukan jawapan yang sebenar-benarnya. Soalan beliau boleh saya quotekan sedikit :

” Dengan sedikit pengetahuan teknologi komputer begitu jua serba sedikit tentang perniagaan saya berminat untuk memiliki ebook dan lebih tepat lagi ilmu saudara ini bagi memenuhi hasrat saya untuk memperoleh punca pendapatan sampingan yang menarik.Diharap agar pihak saudara dapat lebih meyakinkan saya bahawa dengan memiliki ebook ini saya sudah boleh mula dapat hasilkan kewangan baru pada bila2 masa sahaja. “

Saya boleh simpulkan, pengirim email mahukan saya meyakinkan beliau dengan lebih lanjut mengenai Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Pada saya, mungkin beliau pernah melalui pengalaman yang tidak menyenangkan mengenai buat duit di internet. Oleh itu, kali ini beliau berhati-hati sebelum betul2 ingin membeli ebook saya.

Jawapan saya : Tiada skim cepat kaya yang menghasilkan sumber kewangan dengan tiba-tiba dan cepat. Malah saya tidak menawarkan sebarang ‘magic’ atau sebarang skim cepat kaya, piramid, MLM atau seumpama dengannya. Ebook saya tidak mempunyai formula yang membolehkan anda dapat wang bila2 masa. Sekiranya anda mencari skim tersebut melalui ebook saya, saya pasti anda tidak akan menjumpainya. Untuk mengelakkan anda kecewa kerana ebook tersebut tidak mempunyai skim tersebut, saya TIDAK MENGGALAKKAN SEKERAS-KERASNYA untuk anda membeli ebook tersebut.

Ebook tersebut merupakan kupasan perniagaan SEBENAR SMS yang boleh diceburi oleh semua. Ebook tersebut meletakkan diri anda sebagai tuan punya syarikat yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan SMS atau tidak. Ebook tersebut tidak ‘bias’ dengan mana-mana produk, malah saya langsung tidak mempromosikan sebarang produk atau perkhidmatan SMS kepada pembaca. Ebook tersebut adalah sebagai ‘awareness’ kepada peluang perniagaan yang tidak ramai orang ketahui apatah lagi untuk menceburinya. Setiap pakej bonus yang saya tawarkan merupakan susulan kepada perniagaan SMS untuk mereka yang benar2 berminat untuk menceburinya. Sekurang2nya saya menyediakan platform kepada pelanggan untuk memiliki nombor 5 digit seperti 32781 sendiri untuk perniagaan SMS mereka.

Bertepatan dengan presentation saya pada convention hujung minggu lalu, saya perlu lebih educate masyarakat mengenai perkara ini, mengenai perniagaan yang sebenar yang tidak mempunyai unsur-unsur ajaib menjana wang dalam sekelip mata.

Ada benar juga cadangan saya dalam convention, dan perbincangan saya dengan Sham RajaAdsense untuk mencipta lebih banyak skim2 perniagaan yang cepat kaya, mudah, modal rendah tapi untung berlipat ganda kerana tersangat ramainya golongan ini di internet. Cuma hasil perbincangan kami, saya tak sanggup di sumpah seranah oleh pelanggan kelak. Itu baru hal2 dunia, akhirat kelak bagaimana ?

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply