Perlunya fokus dalam perniagaan

Salam Sejahtera,

Salam perniagaan, kita cenderung untuk membuat sesuatu keputusan yang segera atau secara tiba-tiba (harap-harap keputusan yang tepat) disebabkan faktor persekitaran. Memang itulah bentuk kehidupan seorang usahawan, kadang-kala lain yang kita rancang, lain pula yang datang menyebabkan kita terlupa melakukan apa yang kita rancang, dan mula lalai dengan membuat kerja yang baru datang.

Tentunya anda pernah dengar istilah, apa yang terjadi tidak selalunya seperti yang dirancang?

Kadang-kala, kita merancang dengan penuh teliti dan bersedia, tetapi bila ada sahaja sebarang perubahan dalam perancangan, kita mula hilang fokus.
Ini antara faktor yang ‘menakutkan’ mereka yang baru menceburi bidang perniagaan.

“Macam mana kalau takde orang nak beli produk saya?”

“Kalau orang tak suka produk saya macam mana? Abes la lingkup bisnes”

Saya sendiri tidak boleh membantu mereka. Faktor luaran (seperti keadaan pasaran, ekonomi, permintaan etc) selalunya adalah faktor yang agak sukar dijangka, tetapi dapat dikurangkan dengan melakukan lebih kajian dan pembacaan mengenai isu tersebut.

Tetapi yang paling penting, adalah faktor dalaman. Faktor dalaman adalah faktor yang datang dari diri sendiri termasuklah mental, fizikal dan tentunya hati. Kita yang perlu mengawal faktor dalaman.

Contohnya, memandangkan modal anda yang kecil, anda hanya mampu untuk menjual nasi ayam sahaja. Hari-hari anda pergi ke pasar untuk beli ayam. Sampai satu hari, anda mendapat tahu bahawa si penjual ayam mendapat untung 100 kali ganda dari menjual nasi ayam, anda mula memandang perniagaan menjual ayam pula.

Maka berteraburanlah nasi ayam anda di makan ayam…..

Anda mula hilang fokus, dan anda mula nampak wang yang belum tentu anda perolehi.

Kalau anda tanya pada saya, memang saya mahu buat pelbagai bentuk aktiviti perniagaan dengan SMS. Dari perundingan sehinggalah teknikal. Tetapi saya telah menetapkan matlamat saya, yang saya akan fokus dalam satu bidang sahaja iaitu perundingan dan perkembangan perniagaan SMS sahaja. Maka saya tidak akan terlibat dalam hal-hal menjaja atau menjual starter pack SMS, atau menjadi penyedia SMS Gateway. Mungkin bukan sekarang, tetapi untuk masa sekarang, saya fokus kepada apa yang saya rancangkan.

Memang betul, sebagai usahawan kita perlu flesibel dalam menjalankan perniagaan. Kita kadang-kala terpaksa juga mengikut angin (bukan menjadi lalang), ke mana bertiup kita terpaksa ikut. Walau sekuat mana angin sekali pun, sekiranya kita mempunyai asas, dasar dan akar yang kukuh, kita akan tetap bertahan. Pentingnya matlamat dan objektif, kerana walau teruk sekalipun taufan yang melanda, kita akan tetap bergerak ke arah matlamat.

Antara alat yang boleh membantu anda adalah PDA. Atau sekurang-kurangnya planner bertulis. Anda boleh catatkan apa yang perlu anda capai dalam satu hari. Sekiranya tidak tercapai, anda perlu membuat sedikit justifikasi masa untuk menjayakan apa yang anda rancangkan. Sekiranya kita lebih tahu apa yang kita mahu, apa yang kita ingin capai, maka capailah dahulu apa yang dirancangkan. Jangan gelojoh untuk mencapai sesuatu yang belum tahu boleh tercapai

Sekiranya anda berjaya menjual nasi ayam sehingga ke seluruh Malaysia, tidak mustahil anda boleh menjadi tokei menjual ayam pula..

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang…

p/s : Gambar starterpack diatas adalah dibuat khusus untuk peserta Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS pada 7 Julai nanti. Sudahkah anda mendaftar?

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply