Model Pemasaran SMS #2 – Diskaun Atau Tawaran Istimewa

Salam Sejahtera,

Kali ini saya berpeluang untuk berkongsi antara model pemasaran dan perniagaan SMS yang lebih mudah.

Produk Percuma, tetapi berbayar … Bagaimana tu ?

Kali ini, saya akan ‘membedah-siasat’ suatu model perniagaan SMS iaitu dengan menjual kupon diskaun atau tawaran hebat.

Konsepnya amat mudah. Saya ingin melihat berapa ramai orang yang akan memberi respon kepada diskaun atau tawaran istimewa yang saya tawarkan. Kepada mereka yang memberi respon, saya akan berikan satu kupon diskaun, mungkin dalam bentuk tawaran kurangan harga, bonus atau pertukaran barangan.

Senario Perniagaan:
Kita ambil senario mudah yang saya telah laksanakan. Sebagai tujuan promosi berkala, saya ingin adakan promosi dengan cara meminta pelanggan menghantarkan SMS ke nombor SMS saya dan sistem SMS saya akan memberikan kod diskaun. Dengan menyertakan kod diskaun ketika membuat pembelian, saya akan berikan diskaun RM5 daripada harga ebook. Setiap SMS dicaj RM0.50 sahaja.
Mungkin akan membuatkan prospek pelanggan saya teruja, kerana apabila dengan menghantar SMS RM0.50 akan dapat potongan RM5. Lebih dari nilai yang dilaburkan. Jika pelanggan membeli pake ebook Regular, maka pelanggan hanya akan perlu membayar RM32 sahaja untuk ebook tersebut! Tawaran yang hebat!

Contoh Aplikasi:
Sebagai contoh sepanjang bulan Februari 2007, saya ingin memberikan diskaun kepada pelanggan-pelanggan yang berminat untuk mendapatkan ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Saya ingin menggunakan model perniagaan SMS ini di www.smswang.com. Apa yang saya boleh lakukan, saya ada paparkan diskaun istimewa bulan Februari. Sesiapa yang ingin mendapatkan diskaun harga, boleh mendapatkannya dengan menaipkan SMS:

IRWAN[jarak]OFFER dan menghantarkan ke 32728

* [jarak] bermaksud space atau ruang, dan tidak seharusnya ditaip semula ketika menaip mesej

Setiap SMS yang diterima akan dikenakan caj sebanyak RM0.50. Selepas itu, pelanggan akan menerima balasan SMS yang menyatakan bahawa mereka layak untuk menerima diskaun ebook tersebut. Pelanggan hanya perlu bayar harga ebook kurang RM5 dari harga asal.

Pemasaran SMS vs Pemasaran Internet :
Pemasaran internet boleh menggunakan kaedah coupon yang disediakan di laman-laman website. Kalau tidak silap, dikenakan caj2 tertentu mengikut perkhidmatan.Dengan pemasaran SMS, respon dari setiap promosi atau diskaun dapat diperolehi serta merta. Dengan menyimpan nombor telefon, bahkan kita boleh menghubungi prospek untuk tujuan jualan secara terus.
Isu :
Gunakan coupon discount yang disediakan oleh laman2 web mungkin lebih murah dah cepat. Mengapa perlu SMS?

Prospek:
Mereka yang mempunyai produk yang hendak diedarkan sebarang promo product atau produk percubaan. Prospek pelanggan yang menghantar SMS adalah mereka yang benar2 berminat untuk mendapatkan produk. Produk promosi kita juga diedarkan secara ekonomi dengan hanya mengedarkannya kepada mereka yang berminat.
Apa pendapat anda? Ada sebarang komen dengan model perniagaan SMS ini? Mungkin idea ini boleh digunakan untuk website seperti kepunyaan En Tazilan dengan Idea Business Luar Biasa.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply