Seronoknya Berada Di Rumah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekalian,

1. Kita sudah berada di minggu terakhir Ramadhan. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah sebelum Syawal menjelang. Ramai dari rakan2 yang tentunya telah banyak membuat persiapan untuk hari raya. Baju, kuih, perhiasan rumah. Sudah makin terasa kehadiran Syawal, bila ada dari kawan2 kita yang dah pun selamat sampai ke kampung!

2. Begitu awal mereka boleh balik ke kampung. Tak kerja ke ? Siapa yang jaga bisnes, kalau awal2 lagi dah balik kampung ?

3. Pada dekad ini, dengan ledakan teknologi memungkinkan kita melakukan perniagaan hanya dari rumah. Peluang yang wujud di zaman baru, gelombang berniaga dari rumah semakin kuat dan semakin diterima.

4. Bisnes dari rumah sememangnya dari dahulu dah wujud, tetapi ia sangat berbeza dengan sekarang. Bisnes dari rumah dahulu dilihat sebagai bisnes kecil-kecilan, modal yang terhad, tenaga kerja yang minima, dan jumlah jualan yang tak besar. Selain itu, perniagaan konvensional seperti gaya pos dan mail order masih lagi terbatas walau ia antara perniagaan yang berjaya.

5. Yang hebatnya, modal bekerja dirumah tetap rendah, tenaga kerja masih lagi minima, tetapi jumlah jualan telah melonjak jauh lebih tinggi! Jumlah pelanggan sangat luas termasuklah dari luar negara. Walau bekerja dari rumah, mereka telah melakukan perdagangan antarabangsa, malah ramai yang berasa seronok bila pendapatan perniagaan mereka dihitung dalam US Dollar.

6. Bentuk perdagangan juga bukan hanya terbatas kepada produk fizikal. Munculnya konsep produk digital, menyebabkan ia menjadi satu bentuk industri yang sangat unik kerana bole diistilahkan kos barangan dijual (cost of good sold) hampir zero!

7. Tidak pernah dalam sejarah perniagaan, berniaga tanpa sebarang direct cost! Kalau ada kos pun, ia adalah expenses iaitu belanja operasi, belanja upah, dan belanja pengurusan. Kalau anda pernah belajar perakaunan, cost of good sold (COGS) akan ditolak dari jualan kasar untuk sesuatu produk. Mungkin COGS boleh dimansuhkan dari sistem perakaunan selepas ini 🙂

8. Memang lain betul suasana bekerja dari rumah sekarang ini. Saya rasa inilah yang menjadi idaman semua. Duduk di rumah dan mendapat pendapatan secara profesional. Yang paling penting kualiti kehidupan semakin baik bila lebih masa dengan keluarga.

9. Apapun, sama ada anda kerja dirumah atau di pejabat, disiplin dan pengurusan masa tetap sama penting. Tiada kompromi.

10. Saya nak buat sedikit kajian tentang perniagaan SOHO. Kalau anda ada pandangan, tinggalkan komen dan kongsikan pandangan anda. Mungkin perkara dan isu tentang pembayaran cukai, pengurusan syarikat, belanja operasi, promosi dan masa dengan keluarga boleh dikongsikan disini. Mungkin ini dapat mengubah landskap perniagaan di Malaysia!

p/s : Bayangkan bile semua orang asik kerja di rumah! Seronoknye!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply