Menghampiri penghujung perjalanan..

Salam sejahtera,

Saya baru kira-kira 3 jam kembali dari Langkawi. Sesampai di ‘rumah rehat’, saya hanya sempat untuk memeriksa email + mandi + solat. Keletihan menyebabkan saya rasa, saya perlukan ‘break’. 1 jam tidur sudah cukup untuk saya ‘recharge’ semula tenaga. Hampir satu minggu saya tidak dapat mengemaskini blog kerana terlampau sibuk dengan urusan di Langkawi dan tiadanya capaian internet yang konsisten.
Oh ya! Saya memang berada di Bukit Merah Lake Town Resort pada minggu lepas. Dari sana saya direct drive ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Esok saya akan ke Alor Setar sebelum meneruskan perjalanan saya ke Penang. Harap2 dari Penang saya boleh terus pulang ke KL. Hampir2 sampai ke tahap fatique.. Need a break.

Latihan Pembentukan Usahawan
Saya telah habiskan 3 modul pembangunan usahawan MARA sebagai pra-syarat yang ditetapkan. Alhamdulillah. Banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat. Sekiranya berpeluang saya akan buat beberapa catatan intipati ilmu yang kita boleh share. Nanti saya susunkan semula. Mana2 bahan yang penting akan saya masukkan dalam ruangan eksklusif Members.

Sambungan kerja..
Hanya dengan adanya internet dan masa yang membolehkan saya menyambung kerja-kerja pemasaran internet saya! Apa berlaku apabila seminggu saya terputus hubungan dengan ‘dunia luar’ ?

1. Saya sepatutnya membuat beberapa review buku dari IM yang lain. Tak sempat. Bukan tak sempat nak review, baca pun belum… Implikasinya, saya rugi dari segi trafik. Of course juga dari segi sales.

2. Progress projek saya juga agak perlahan. Walaupun saya sasarkan projek baru saya akan dilancarkan pada 15 December 2006, biasanya seminggu sebelum tu semua bahan dah siap. Kali ni, baru 70% siap!

3. Saya tidak dapat kemaskini anda mengenai PROJEK ALPHA. Berikan saya sedikit masa untuk huraikan.

4. Saya ketinggalan untuk membaca beberapa blog kegemaran saya. Lambat untu keep myself updated dengan dunia luar.. Bila jumpa internet, saya terpaksa membaca 5-6 previous posting..

Saya cuba catch up semua dalam masa 2 hari ini. Harap2 trip saya ke Penang adalah yang menggembirakan setelah seminggu berada di pulau lagenda Mahsuri yang sibuk dan memenatkan.

Jumpa lagi…

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply