Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Akhirnya! Saya berkesempatan semula untuk menulis di blog ini selepas tepat 8 bulan ditinggalkan. Sepanjang 8 bulan, apa perkara terbaru yang dikongsikan ?
Update #1 : Mulai awal tahun 2012, saya telah mula membangunkan sendiri modul latihan yang berkaitan media sosial untuk organisasi dan juga perniagaan. Ini menjadikan Irwan Dahnil Consulting satu-satunya perniagaan tempatan yang membangunkan modul sendiri untuk perniagaan. Jika anda ingin menggunakan media sosial sebagai saluran pemasaran atau ingin menguruskan media sosial organisasi anda, modul ini telah disiap untuk dilaksanakan. Insyallah, akan saya war-warkan sedikit masa lagi.
p/s : Ia media sosial. Bukan Facebook semata-mata.
Update #2 : Saya kini secara profesional menjalankan latihan, menjadi trainer, jurulatih, mentor, speaker, penyelidik dan perundingan dalam 3 bidang utama ; media sosial, pemasaran, internet dan keusahawanan. Walaupun perkhidmatan ini telah saya tawarkan sejak dahulu lagi, tetapi baru kini saya akan mula ‘monetize’kan skill ini. Jika ada jemputan, boleh hubungi saya 🙂
Update #3 : Saya akan kembali ke dunia pemasaran internet sedikit masa lagi. Mulai tahun 2013, saya akan menawarkan ‘keahlian eksklusif’. Tentunya ia berbayar, tetapi yuran yang berlegar di fikiran saya hanya RM1 seumur hidup!
Cukup dahulu 3 update ini. Sehingga bertemu di catatan akan datang.