Jual Buku @ Ebook Boleh Kaya??

Salam Sejahtera,

Saya rasa soalan ni dah banyak kali diajukan kepada semua internet marketer dan juga usahawan sendiri. Saya merujuk kepada soalan sahabat saya yang dikenali sebagai ‘Mung’ yang bertanyakan soalan di ruangan comment

Saya tidak mahu memanjang lebarkan perkara ini kerana mungkin masing2 mempunyai pandangan masing2. Cuma beberapa perkara yang mungkin saya boleh kongsikan bersama dan menjadi bahan untuk difikir2kan:

1. Berapa ramai penulis Malaysia yang menulis buku (khususnya dalam Bahasa Malaysia) yang telah menjadi kaya raya @ jutawan ? Saya rasa penulis negara pun, kaya dengan royalti je.. itu pun bergantung kepada jualan dan ulang cetak. Sebagai penulis baru, kadang2 cuma dapat komisen 7-10% atas jualan buku. Kalau buku RM30, cuma masuk RM3 dalam kocek penulis. Sekiranya cetakan buku cuma 1000 copy, cuma RM3000 sahaja (itu pun kalau sold out).. hakikatnya, orang Malaysia membaca 2 buku setahun.. Bila nak abis terjual agaknya buku tu..

2. Pernah ke anda membaca buku Bill Gates bertajuk ” The Road Ahead” ? Saya tidak rasa dia kaya kerana pada awalnya kerana buku tersebut, tetapi kerana Microsoft. Atau pun buku “Rahsia Jutawan Internet” tulisan Dr. Irfan Khairi? Beliau kaya kerana internet, dan saya tidak rasa kerana buku beliau. Apa yang sebenarnya tercatat dalam buku, adalah perspektif penulis terhadap perniagaan mereka dan bagaimana mereka melihat $$ dalam usaha yang mereka lakukan!

3. Buku tidak menghuraikan perniagaan yang dilakukan secara teknikal atau kewangan! Saya tidak pernah baca sekelumit maklumat dalam buku2 tadi yang menceritakan bagaimana langkah demi langkah mereka melakukan sesuatu projek. Bill Gates tidak menceritakan apakah pelan perniagaan untuk Windows Vista secara terang-terangan di dalam bukunya. Itulah yang disebut ‘trade secret’. Itu ibarat senjata kejayaan dalam perniagaan. Tidak boleh didedahkan!

Kecuali menulis lebih dari 5 buku, dan kelima2 buku tersebut top selling book dan diulang cetak berkali2, saya rasa menulis buku @ ebook lebih kepada saluran maklumat dan membina kredibiliti. Untuk kaya bukan tidak boleh, tetapi it takes more than menulis secara suka2.. must be serious. Malaysia bukan pasaran buku yang besar.

Apa pendapat anda ??

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply