Ebook Lompat Si Katak Lompat…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Bukan! Hari ini bukan cerita haiwan di zoo. Post hari ini, sekadar ingin memberi pandangan mengenai penghasilan ebook dan  perniagaan internet.

Perkembangan Ebook Di Malaysia..

1. Sejak 3-4 tahun lepas, kita dapat lihat betapa meriahnya industri internet marketing Malaysia. Secara spesifik (bukan ebook untuk pasaran antarabangsa), pelbagai bentuk ebook yang telah dihasilkan. Kita boleh lihat trend ebook yang dihasilkan bermula dengan bagaimana membuat duit dari internet, program2 buat duit internet, teknik affiliate, SEO, mailing list, pemasaran dan teknik perniagaan internet. Ini boleh kita panggil sebagai Fasa 1.

2. Kemudian industri ebook berkembang lagi. Dengan penghasilan ebook yg bukan hanya menumpu kepada perniagaan internet. Ia lebih general dan releven dengan masyarakat. Contohnya, ebook mengenai persediaan perkahwinan, ebook panduan menunaikan haji, ebook menghasilkan susu soya, ebook menternak kambing dan sebagainya. Saya sendiri menghasilkan ebook yang pertama mengenai SMS pada tahun 2006. Ini boleh kita lihat sebagai Fasa 2.

3. Kita sepatutnya berasa sangat gembira dengan perkembangan positif ini. Mengapa ebook mula mendapat tempat ? Kerana orang menggunakan internet untuk mencari maklumat. Mereka sanggup bayar untuk mendapatkan maklumat yang dirasakan berbaloi. Harga ebook pun paling kurang RM15 dipasaran Malaysia, sebenarnya mungkin lebih mahal dari buku yang ada di MPH atau Kinokuniya!

Lambakan Ebook | Topik Ibarat Katak Melompat ?

4.Tetapi adakah sekarang ini kita mengalami lambakan ebook ? Macam-macam ada! Bagi saya, belum lagi berlaku lambakan ebook, tetapi telah mula nampak trend lambakan ebook yang tidak berkualiti.

5. Di Malaysia, penulis ebook cenderung untuk menulis ebook seperti membuka pasaraya. Macam-macam topik ada. Kalau boleh apa sahaja pengetahuan si penulis ada akan dicatatkan dan dihasilkan sebagai ebook. Hari ini si penulis menghasilkan ebook tentang berkebun, esok pula tentang memasak, lusa pula tentang menjaga anak, dan tulat mengenai perkahwinan.

6.  Hasilnya, seorang penulis mempunyai ebook yang menulis pelbagai topik. Ibarat katak, melompat dari satu topik ke satu topik.

5. Bukannya tidak bagus, tetapi sebenarnya kita sebagai pembaca HANYA INGIN membeli ebook dari penulis yang pakar atau mereka yang benar-benar mempunyai kredibliti. Kita mesti beli dari penulis yang boleh dipercayai, yang mempunyai fakta dan kepakaran. Orang yang menulis terlalu banyak topik ebook sebenarnya tidak memberikan kredibiliti kepada penulisnya dan tidak dilihat sebagai pakar dalam bidang yang ditulisnya. Orang memang tak pandang!

6. Cuba lihat keadaan di luar sana. Apakah topik yg ditulis oleh Dato’ Dr Fadzilah Kamsah kalau bukan motivasi ? Apakah buku yang ditulis oleh Chef Wan kalau bukan tentang masakan ? Apakah buku yang ditulis oleh Donald Trump kalau bukan tentang pengurusan, kewangan dan perniagaan ?

7. Sungguh sukar untuk membayangkan Ustaz Harun Din mengeluarkan buku mengenai masakan, atau Dr Irfan Khairi mengeluarkan buku mengenai kecantikan!… Tidak dapat diterima akal pulak ..

8. Itulah mentaliti orang Malaysia. Beli hanya dari yang pakar. Bagaimana dengan anda ? Ingin menjadi penulis ebook katak si katak lompat ? Atau ingin menjadi pakar dalam bidang anda sendiri dan hasilkan ebook ? Sekiranya anda ingin menghasilkan produk yang kekal lama, saya syorkan anda menulis pada satu topik yang anda anda mahir, anda tahu dan anda berkemahiran. Jangan melatah, bila orang tulis tentang topik A, anda juga ingin menulis topik A. Biarkan mereka kerana itu adalah kemahiran mereka. Anda fokus dengan kemahiran anda!

9. Pada pandangan anda , bagaimanakah Fasa 3 perkembangan ebook di Malaysia ini ? Adakah lebih banyak tajuk yang akan diterbitkan oleh penulis2 baru ? Atau adakah pasaran mula tidak menerima ebook kerana banyak wujud ebook yang tidak berkualiti ? Entah lah.. Tak salah untuk menjadi penulis ebook ibarat katak dengan pra syarat anda adalah seorang penulis…

p/s : So far tak ramai yang menulis mengenai topik SMS 🙂 Pulun sorang2 …

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply