Sabar itu sebahagian dari iman…

Salam Sejahtera,

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang membantu saya menyelesaikan projek akhir program master saya. Saya pernah berkongsi dengan anda betapa siksanya menyelesaikan program master saya yang telah menuntut segala macam bentuk pengorbanan. Tentunya buat Junariah Datu Derin dan Suffiya Addini yang banyak membantu. Hanya menunggu masa untuk pembentangan, dah saya harapkan saya dapat menamatkan program ini secepatnya.

Pengumuman! Pengumuman!
Saya akan melancarkan Projek Perintis SMS-Web pada bulan Mei nanti. Insyallah, semua bahan kajian dan juga keperluan projek telah saya selesaikan. Menunggu masa untuk dilancarkan. Projek Perintis SMS-Web adalah projek yang bermatlamatkan untuk melihat sejauh mana keberkesanan Pemasaran SMS dalam perniagaan internet. Saya ingin melihat satu bentuk pencapaian yang membolehkan SMS menjadi penyumbang kepada pendapatan usahawan internet di Malaysia. Saya akan update anda pengenai Projek Perintis SMS-Web ini dari semasa ke semasa.

Sah! Tarikh pilihan
Saya telah mengesahkan tarikh pelancaran produk baru pada 15 Mei 2007. Manual Pemasaran SMS saya akan lancarkan secara serentak dengan laman web promosiSMS.com. Laman web SMSWang juga kan berwajah baru. Young and Vibrant! Nantikan tarikh tersebut.

Itu saja pengumuman yang saya ingin lakukan.

Semakin hari semakin banyak pertanyaan yang saya terima mengenai perniagaan dan pemasaran SMS. Saya mengucapkan terima kasih diatas soalan-soalan anda. Walau saya mengambil sedikit masa untuk membalasnya, tetapi saya tetap akan komited untuk membantu anda.

Apa yang saya tuntut dari anda adalah sedikit kesabaran

Dalam perniagaan, satu perkara yang sangat penting adalah kesabaran dan kecekalan. Kita perlu sabar dalam mencuba sesuatu perkara, tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Sabar dalam menghadapi cubaan dan sabar dalam melihat sesuatu usaha sebelum usaha tersebut boleh membuahkan hasil. Tentunya dalam perniagaan hasilnya bukan boleh dilihat dalam sekelip mata, hari ini mula berniaga, esok jutawan. Mereka yang sabar ini adalah mereka yang akan berjaya!

Saya tahu anda tidak sabar-sabar untuk memulakan perniagaan SMS. Seperti yang saya ceritakan dalam ebook saya, saya tidak boleh membimbing anda dengan menyatakan saya mempunyai ‘formula luar biasa’ yang boleh diikuti oleh semua orang. Sebagai contoh, adalah tidak manis jika saya mempromosi sebarang produk atau perkhidmatan SMS Gateway di dalam ebuku saya.

Mengapa? Kerana saya tidak ada kena mengena dengan mereka, malah prestasi perkhidmatan mereka juga akan mencerminkan kualiti perkhidmatan saya. Saya tidak mahu dipersalah kan sekiranya perkhidmatan mereka kurang bagus.

“En Irwan yang cadangkan dengan SMS Gateway Provider tersebut, tapi perkhidmatan provider tersebut hampehh”

Saya perlu bersikap neutral. Sekiranya anda bertanya pada saya, saya boleh mencadangkan beberapa gateway provider, tetapi saya tidak akan bertanggungjawab apa2. Tambahan pula telah saya nyatakan, untuk mendapat provider anda boleh bertanya kepada En Google. Lebih mudah dan cepat!

“Saya takut nanti kene sembelih la dengan provider ni”

Itu juga saya tidak boleh janji. Itu deal antara anda dengan gateway provider. Kalau anda hulurkan leher anda, saya rasa siapa pun akan sembelih anda.

“En Irwan cadangkan lah satu provider. Saya janji tak salahkan En Irwan kalau provider tersebut tak bagus”

Haha.. Kalau macam tu, anda cari di internet, gunakan Google, taipkan perkataan “SMS Gateway Provider Malaysia”. Mesti panjang berjela list yang ada. Hubungi mereka!

“Kalau macam tu sama la seperti tidak rekomenkan apa2”

Kalau anda mahu saya rekomen, saya tuntut sedikit kesabaran anda. Tidak lama.. dalam masa 2 bulan sahaja lagi. Saya akan menyediakan pakej istimewa baik dari segi harga dan juga pembahagian keuntungan untuk pelanggan2 saya. Saya dalam proses terakhir untuk menandatangani MOU dengan rakan teknologi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Sekiranya Nabi Ayub boleh bersabar dengan dugaan yang Allah berikan selama bertahun-tahun, mengapa tidak kita cuba?

PENGAJARAN

* Allah akan memberi ganjaran pahala yang cukup besar kepada hamba-hamba yang taat kepada suruhan-Nya.
* Sabar itu adalah separuh daripada iman.
* Segala ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t. itu hendaklah kita hadapi dengan tabah.
* Ingatlah bahawa tempoh waktu kita sakit yang diberi oleh Allah lebih pendek berbanding tempoh waktu kita sihat yang sangat panjang.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply