SMS Broadcast – Kos yang perlu anda tanggung

Salam Sejahtera,

Hari kedua di Kuching. So semalam dah ambil a full day untuk membiasakan diri dengan kawasan dan jalan-jalan raya di sini. Macam biasa, first time mesti sesat. Nasib baik ada peta yang disediakan oleh pihak hotel, sampai juga ke destinasi. Maybe hujan lebat yang turun sedikit merisaukan, takut2 banjir macam kat KL. Memang betul2 lebat, mencabar jugalah driving di Kuching ni dalm hujan lebat dan jalan yang kecil. Anyway, I’m still alive 🙂

Saya dah beberapa kali membuat posting mengenai perkara ini. Ramai di antara pelanggan saya sering keliru antara jenis-jenis aplikasi SMS yang ada.

Saya menerima email lagi dari rakan yang berminat untuk membuat hebahan perniagaannya. Dan beliau meminta saya rekomen SMS Gateway provider yang sesuai.

Saya rasa, rakan saya tu agak keliru!

Saya beritahu kepada rakan saya, aplikasi yang paling sesuai adalah SMS Broadcast, dimana aplikasi ini boleh digunakan untuk menghantar SMS kepada pelanggan walau seramai mana pun pelanggan yang ada. Saya sendiri menggunakan SMS Broadcast untuk tujuan promosi dan makluman pembayaran kepada semua pelanggan Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS yang saya akan anjurkan pada 7/7 nanti. Saya gunakan SMS Broadcast untuk, membuat peringatan pembayaran kepada mereka, membuat pengesahan pembayaran dan juga promosi produk2 yang lain.

Memandangkan saya yang ingin membuat promosi, adalah tepat sekiranya saya yang menangggung kosnya bukan dan tiada kos sepatutnya di tanggung oleh pelanggan. Ini bermakna setiap kredit yang saya hantar, sayalah yang perlu tanggung, saya perlu beli dan saya perlu berbelanja. Saya tidak mendapat sebarang duit dari penerima SMS tersebut.

SMS Broadcast adalah konsep SMS 1 HALA (ONE WAY SMS). Caj yang dikenakan adalah lebih rendah dari SMS yang biasa sekitar 15 sen sahaja untuk penghantaran SMS ke mana-mana telco. Oleh itu, tiada konsep reverse billing di sini.

Apabila tiada konsep reverse billing, maka SMS Gateway provider tidak diperlukan. Dengan menggunakan aplikasi tertentu, SMS sudah boleh dihantar.

ITU SAHAJA!

SMS 1 Hala adalah konsep yang mudah. Seseorang menghantar SMS, dan seseorang menerima. Caj dikenakan oleh penghantar. Seperti kita menghantar SMS biasa dari satu handphone ke hanphone yang lain, cuma SMS Broadcast membolehkan kita menyembunyi nombor handphone pengirim SMS. Seperti saya menggunakan identiti sebagai SeminarSMS sebagai penghantar SMS kepada pelanggan seminar.

Untuk mendapatkan wang dari SMS boleh menggunakan Information on Demand melalui konsep reverse billing. Apabila nak buat reverse billing, barulah anda boleh mengenakan caj kepada pelanggan, dan anda memerlukan SMS Gateway provider untuk melakukannya. Ini juga dikenali sebagai SMS 2 HALA.

Ingat tau.. SMS 1 Hala tak boleh buat duit. SMS 2 Hala boleh! Jangan lupa konsep asas ni

p/s : Ada juga SMS 3 Hala.. Nanti kita cerita lagi

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply