Kertas Kerja Perniagaan – Bagaimana Memulakannya?

Salam Sejahtera,

Sebelum ini saya ada berkongsi sedikit maklumat mengenai kandungan sebuah kertas kerja yang mantap. Kali ini kita mulakan kerja-kerja menyediakan kertas kerja.

Kumpulkan maklumat terlebih dahulu. Pastikan maklumat yang diperlukan adalah mencukupi. Ini akan membantu anda menyiapkan kertas kerja dengan lancar.

Memandangkan kertas kerja ini tidak khusus untuk sebarang jenis perniagaan, saya akan huraikan secara umum terlebih dahulu. Sekiranya ada contoh2 yang berkaitan, saya akan cuba menyiapkan sebahagian kertas kerja tersebut sebagai rujukan nanti.

Seperti yang kita overview sebelum ini, sesebuah kertas kerja itu biasanya dimulakan dengan :

1. Isi Kandungan : Biasanya disebut Table of Content. Ini bukan formaliti tetapi senarai isi kandungan yang kemas dan tersusun akan memudahkan pembacaan. Sekiranya kertas kerja anda akan dibaca oleh pelabur anda, tentunya anda akan menyusun dengan kemas dan mudah dibaca. Jangan buat pelabur anda pening dengan menyusahkan mereka untuk membaca. Silap haribulan, pelabur pun boleh lari..

2. Ringkasan Eksekutif : Pertanyaan yang ringkas tetapi PADAT yang akan memberi pembaca anda gambaran keseluruhan kertas kerja anda. Kebiasaannya akan disediakan dalam bentuk begini :

a. Keadaan semasa perniagaan
b. Maklumat produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan
c. Matlamat jangka pendek dan visi syarikat dan bagaimana ia boleh dicapai
d. Ringkasan ramalan jualan perniagaan
e. Maklumat mengenai berapa banyak wang / dana yang diperlukan untuk perniagaan

Sediakan Ringkasan Eksekutif terakhir sekali selepas menyiapkan bahagian lain dalam kertas kerja. Lebih mudah anda menulis Ringkasan Eksekutif sekiranya semua bahagian dalam kertas kerja telah selesai.

3. Latarbelakang Perniagaan : Bahagian ini memberikan gambaran kepada pembaca mengenai siapa diri anda, apa yang anda lakukan dan bagaimana anda melakukannya. Ini termasuklah :

a. Nama syarikat, alamat dan nombor telefon
b. Taraf perniagaan anda, sama ada persendirian, sendirian berhad dan sebagainya
c. Maklumat kakitangan anda termasuk nama, jawatan, no kad pengenalan
d. Lokasi Perniagaan
e. Objektif perniagaan anda dan bagaimana ia boleh dicapai
f. Mission Statement

Terserah kepada anda bagaimana anda mengolah ayat dan susunan bahasa anda. Perlu diingat, ayat yang serius akan menggambarkan perniagaan anda juga adalah serius. Jangan memberi gambaran yang negatif atau menimbulkan keraguan kepada pembaca.

Nanti saya cuba sediakan satu mukadimah perniagaan yang mungkin kita boleh kongsi

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply