Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » 2007 » December

EBook Formula Bisnes SMS! :

Anda akan didedahkan dengan 7 perniagaan SMS yang utama Undian, Chatting, IOD, Subscribe, Page, Slogan dan Contest

Buku Buat Duit Dengan SMS:

Buku Panduan Perniagaan SMS Berbahasa Melayu #1 Di Malaysia. Pelajarilah teori perniagaan SMS yang popular.

Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS :

Pendedahan Bagaimana Menjana Pendapatan Secara Sambilan, Dilakukan Dari Rumah! Pertama Kalinya di Malaysia Berbahasa Melayu, Berkongsi Tips & Trick Realiti Perniagaan SMS. Daftar Sekarang!.

Workshop Praktikal Bisnes SMS:

Praktikal, 'Fast-Track', pendekatan demonstrasi untuk mereka yang bersedia dengan teori perniagaan.Pendekatan 'hands-on' dan latihan simulasi.

Selamat Tahun Baru 2008 | Video Teaser Akademi SMS

30 12 2007

Salam Sejahtera,Sebagai usahawan, masa sangat penting. Mungkin istilah ‘Masa Adalah Emas’ sudah kurang sesuai. Mungkin platinum agaknya. Masa adalah penentu jatuh bangun perniagaan.

Terasa betul cepat masa berlalu. Pejam celik, beberapa jam lagi akan masuk pula ke tahun 2008.

Adakah azam tahun 2007 saya tercapai ?

Alhamdulillah. Lebih dari yang saya jangkakan :

1. Buku Buat Duit Dengan SMS dengan jayanya diterbitkan.

2. Manual Pemasaran SMS selesai disiapkan.

3. Ebook Formula Bisnes SMS Untuk Beginner! dilancarkan.

4. Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS berjaya dianjurkan. Pengumuman! : Seminar pada bulan Januari telah dibuka. Daftar segera!

5. Workshop Praktikal Bisnes SMS berjaya dilaksanakan.

Itu beberapa matlamat besar yang berjaya dilaksanakan. Tidak termasuk beberapa kejayaan kecil dan juga business network yang terbuka selepas itu seperti berjumpa dengan beberapa orang sahabat yang cukup baik hati. Terima kasih Dr Irfan Khairi, Sdra Azizi Ali, Pn Waheeda Puthra, En Azli Paat dan juga beberapa organisasi seperti MARA yang telah banyak membantu merealisasikan matlamat 2007.

Ada juga beberapa matlamat 2007 yang saya akan bawa ke 2008, kerana kesesuaian masa. Insyallah, 2008 saya bertekad untuk :

” Menjadikan Akademi SMS sebagai medium paling berjaya, berkesan dan paling popular untuk usahawan menceburkan diri dalam perniagaan SMS “

” Menjadikan budaya kerja dari rumah ( dan menghasilkan $$) adalah konsep yang berjaya dan diterima pakai. Bukan hanya untuk ibu-ibu dan surirumah, bapa dan suami pun sepatutnya boleh! “

Selain itu, saya mempunyai beberapa matlamat lain yang akan saya lakukan.

Dengan usaha keras dan doa dari anda, saya rasa tidak mustahil untuk mencapai matlamat tersebut.

Saya akan mulakan tahun baru 2008 dengan sedikit ‘teaser’ pembaca blog saya.

Anda boleh saksikan video teaser yang saya hasilkan sendiri. Video ini merupakan wrap up dalam projek Akademisms.com. Ini merupakan satu lagi pencapaian yang saya sangat suka dan teruja. Owh lupa, sebenarnya memang hobi saya dalam bidang video dan photography :)

Ini pun salah satu matlamat 2007 saya untuk meningkatkan kemahiran video production. Inilah matlamat terakhir 2007.
Alhamdulillah sudah tercapai!

Bagaimana dengan Matlamat 2008 anda ? Sudahkah anda menulisnya ? Dan merancang bagaimana untuk mencapainya?

p/s : Matlamat perlu ditulis. Sebaik2nya dengan tulisan tangan. Kemudian rancangkan langkah2 untuk mencapai matlamat tersebut. Mesti Buat! Takut2 jadi angan-angan sahaja…

Selamat Tahun Baru 2008. Semoga tahun baru membawa kemakmuran kepada anda.








Awas! Perkhidmatan Bukan Dari Kami..

25 12 2007

Salam Sejahtera,

Minggu lalu saya ada menerima rungutan dari ‘pelanggan’ yang menyatakan bahawa mereka telah membuat sejumlah pembayaran tetapi sehingga kini masih belum menerima sebarang produk yang ditempah dari Akademisms.com.

Pelanggan tersebut telah menerima satu surat alamat sendiri, dari pihak yang tidak diketahui untuk memesan buku Buat Duit Dengan SMS beserta beberapa CD dan bahan yang lain dengan kos RM150. Dalam surat tersebut mengkehendaki pelanggan menghantar wang pos menggunakan pos ekspres atau pos laju ke alamat yang dinyatakan.

Setelah diselidiki, kami dapati produk akademisms.com (buku, manual, ebook) bukan diselaraskan atau dijual oleh pihak Akademisms.com. Bahkan pelanggan tadi dikenakan caj yang jauh lebih mahal dari apa yang akademisms.com tawarkan.!

Pengumuman! Pihak Akademisms.com tidak pernah melantik sebarang agen atau wakil jualan. Oleh itu, kami tidak menjamin sebarang produk yang dijanjikan dihantar kepada anda sekiranya anda membeli dari ‘wakil jualan’ kami. Pihak saya ataupun Akademisms.com tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan memberi sebarang jaminan produk dan pulangan wang semula terhadap setiap pembelian dari sumber yang tidak diketahui kesahihannya melainkan maklumat seperti yang kami nyatakan di laman web Akademisms.com seperti yang dimaklumkan di dalam laman web.

Oleh itu, saya ingin memberi peringatan kepada anda yang ingin mendapat produk dan perkhidmatan Akademisms.com agar mendapatkan dari sumber yang sah. Anda perlu memeriksa bahawa setiap tawaran yang diterima mempunyai maklumat seperti berikut :

1. Kami mempunyai 2 alamat, iaitu Bandar Puteri Puchong dan Medan Mara Kuala Lumpur. Selain dari itu, anda perlu berasa was-was dari setiap tawaran. Selain dari alamat tersebut, itu BUKAN dari kami.

2. Hubungi hotline 013 2295944 sekiranya anda berasa was-was.

Saya sedang menguruskan beberapa langkah untuk melindungi Akademisms.com, termasuklah tindakan undang-undang. Saya perlu lebih serius dalam menangani sebarang bentuk penipuan (sekiranya berlaku) dan juga jenayah harta intelek. Saya harap anda berhati-hati dengan golongan semacam ini.

Ulat-ulat begini harus diajar!

p/s : Dulu ebook saya kene plagiat, saya tak melenting sangat. Tapi kalau kami dipertanggungjawabkan atas kelakuan orang lain, saya melenting!

p/s/s : Bengang sebenarnya ni…








Yang tak bestnya bisnes

10 12 2007

Salam Sejahtera,

Biasanya bila kita kata seseorang itu menjalankan bisnes, kat fikiran kita terlintas bahawa perniagaan ini best, menyeronokkan, menguntungkan, hidup senang lenang dan sebagainya.

Anggapan ini sebenarnya membuatkan ramai yang ingin ‘terjun’ menjadi usahawan. Maklumlah, nak kaya! Apa pun, tidak salah kerana ianya memang hakikat sebuah perniagaan.

Tetapi dalam hakikat semuanya indah dan best, cuba anda fikir-fikirkan secara mendalam, apa HAKIKAT yang tak bestnya tentang tentang perniagaan yang ingin anda ceburi ?

Contohnya :

~ Ceburi bisnes internet : Tak best bila tau bahawa duit perniagaan internet tu mengambil masa untuk benar-benar stabil dan menjana pendapatan.

~  Ceburi bisnes tanaman : Tak best bila tau tanaman perlu dijaga dengan rapi dari makluk perosak

~ Ceburi bisnes balak : Tak best bila tau kayu balak ambil masa bertahun-tahun sebelum boleh ditebang

~ Ceburi bisnes SMS : Tak best bila tau kadang2 kos iklan berharga beribu ringgit dan payment dari telco lambat

Dengan memikirkan hakikit sebenar perniagaan yang ingin anda ceburi, membuatkan anda berfikir dua kali dari berniaga. Kat sinilah nak tengok sejauh mana anda benar2 inginkan bisnes tersebut.

Kalau setakat halangan kecil tak mampu nak hadapi, elok lupakan bisnes tersebut dan cari bisnes yang anda rasa mampu.

” Memang senang melihat orang senang, tetapi orang senang tidak menunjukkan kesusahan mereka :)

p/s : Workshop SMS akan diadakan pada 15 Disember ini, hari Sabtu ini. Sertai sekarang kerana penyertaan adalah terhad.








Persepsi : Melihat Perniagaan Anda

3 12 2007

Salam Sejahtera,

Dalam perniagaan, satu elemen yang penting adalah persepsi. Persepsi adalah perkataaan yang saya istilahkan tentang sudut pandang sesuatu perniagaan. Bagaimana anda melihat perniagaan anda?

” Apa yang anda pandang pada perniagaan anda, itulah yang terpancar di mata pelanggan anda “

Perniagaan yang mempunyai pejabat yang cantik dan kakitangan yang ramai memberikan persepsi kepada pelanggan bahawa perniagaan ini adalah besar dan mantap. Atau website yang cantik dan kemas memberikan imej yang positif kepada perniagaan. Atau bungkusan produk yang cantik dapat meningkatkan ‘nafsu’ pelanggan untuk membeli.

” Perniagaan kecil atau besar, perlu menjaga persepsi pelanggan ”

Hakikatnya persepsi boleh diubah dengan memperbaiki cara anda menampilkan perniagaan. Tidak semestinya perlu berbelanja besar untuk memberikan imej yang baik, tetapi cukup dengan ‘upgrade’ perkara yang dinilai oleh pelanggan.

~ Sekiranya persepsi pelanggan anda datangnya dari internet, maka perbaiki laman web anda.

~ Sekira persepsi pelanggan datangnya dari seminar atau ceramah, perbaiki cara komunikasi anda.

~ Sekiranya pelanggan datangnya dari produk anda, perbaiki cara pembungkusan produk anda

~ Sekiranya pelanggan datang dari recommendation, perbaiki cara penampilan anda.

Tidak perlu semua diperbaiki takut2 jadi Mr Perfect pula, memadai dengan memberi persepsi baik kepada bakal pelanggan anda.

Tapi ada juga pelanggan yang menilai dengan kereta yang anda pandu atau sukan yang anda main (golf). Tak salah, tetapi anda perlu jawab soalan ;

” Adakah dengan berkereta besar ini, pelanggan atau jualan saya akan bertambah ? “

Sekiranya jawapannya Ya, mungkin anda boleh perbaiki. Tapi kalau papa untuk bergaya, atau untuk menunjuk-nunjuk, walhal pelanggan tidak membeli dari anda, maka tiada gunanya!

Melawan persepsi lebih susah, dari menetapkan persepsi. Contohnya bila kita sebut sahaja usahawan, pelanggan telah terbayang perniagaan yang mempunyai ruang pejabat yang cantik dan beberapa kakitangan. Atau bila sebut sahaja jutawan, orang akan membayangkan tentang kereta Mercedes atau rumah besar.

Tapi bagaimana dengan jutawan yang hanya naik kereta ‘biasa-biasa aje’ ? Atau perniagaan yang tidak mempunyai pejabat atau kakitangan yang ramai ?

Mengubah persepsi tidak mudah, tetapi tidak mustahil. Perniagaan internet mengubah persepsi bahawa sesuatu perniagaan tidak semestinya mempunyai pejabat. Jutawan yang mengawal perbelanjaan, tahu bahawa kereta itu menyusut nilainya saban tahun. Bila orang mula melihat hakikat dan tidak dikaburi fakta yang salah, maka persepsi boleh diubah.

” Mengubah persepsi pelanggan menjadi positif terhadap perniagaan anda adalah kejayaan yang sentiasa akan kekal dan kejayaan yang tidak ternilai! “

Kuiz Persepsi :

Cuba anda lihat imej di sebelah. Adakah ia berpusing ke kiri atau ke kanan ? Apakah jawapan anda ? Anda boleh tergolong dalam 2 golongan :

Golongan 1 : Sekiranya anda melihat ia berpusing ke kanan, cuba anda ubah persepsi anda bahawa ianya berpusing ke kiri.

Kemudian anda ubahkan semula supaya ia berpusing ke kanan semula.

Golongan 2 : Sekiranya anda melihat ia berpusing ke kiri, cuba anda ubah persepsi anda bahawa ianya berpusing ke kanan.

Kemudian anda ubahkan supaya ia berpusing ke kiri semula.

Sekiranya anda berjaya lakukannya, begitu juga dengan pelanggan anda. Mereka boleh mengubah sesuatu persepsi terhadap perniagaan anda, juga boleh untuk mengubahnya semula kepada persepsi asal sekiranya anda yang mengubahkannya!

p.s : Kajian menunjukkan sesiapa yang boleh ubah persepsi imej diatas, mempunyai IQ yang melebihi 160! Siapa yang tak dapat ubah tu, maaf kan saya … :)

p.p.s : Saya akan ubah persepsi perniagaan SMS yang negatif menjadi positif pada 15 Disember ini melalui Workshop Praktikal Perniagaan SMS. Penyertaan dibuka sekarang!