Jangan Lebih-Lebih..
28 02 2008Salam Sejahtera,
Tatkala semua orang sibuk berkempen untuk pilihanraya, banyak perkara telah teralih perhatian. Maklumlah pilihanraya 4-5 tahun sekali tentunya demamnya pun menjadi-jadi. Sudah beberapa hari berkempen, dikawasan saya ni tak nampak sangat sepanduk yang meriah.. Mungkin sedikit hari lagi mulalah meriah agaknya.
Apapun, saya pun ‘terlibat’ sama dalam pilihanraya. Tentunya menyediakan Sistem Aduan SMS untuk Parlimen dan DUN… Hahah… Masa pilihanraya inilah calon-calon yang bertanding akan menjadi sahabat anda paling akrab!
Lupakan seketika pilihanraya.
Sebenarnya post saya pada kali ini dah lama betul saya nak tulis, tetapi tidak berkesempatan. Tapi kali ini saya betul-betul nak tulis!
Dalam post yang lepas saya ada cerita tentang telemarketer yang berkongsi nombor telefon untuk menghubungi prospek. Kali ini saya akan tulis juga tentang marketing.
Cuba anda bayangkan, anda AKAN makan sebiji buah mangga.
~ Bagi anda yang pernah makan mangga yang sedap dan manis, anda akan bayangkan ‘juicy’ buah mangga tersebut.
~ Bagi anda yang pernah makan mangga yang masam, anda akan kecur air liur membayangkan mangga tersebut.
Kita bole tengok bahawa sebiji mangga yang sama akan memberikan hasil yang berbeza-beza disebabkan oleh pengalaman lampau.
Begitu juga pemasaran. Ia akan memberikan tanggapan yang berbeza terhadap pelanggan anda. Bila anda proaktif melakukan sesuatu kempen, 2 perkara boleh berlaku.
1. Pelanggan anda semakin ramai membeli
2. Pelanggan anda semakin ramai yang ‘lari’ kerana ‘tak tahan’ dengan orang marketing
Pengalaman lalu ini akan menentukan corak respon dari pelanggan anda. Apabila kita membuat pemasaran, pilihan nombor satu adalah menjadi pilihan.
Tetapi sejak akhir-akhir ini, saya lihat banyak betul ‘kaedah pemasaran’ yang digunakan menyebabkan pelanggan marah, lari dan akhirnya menghancurkan kredibiliti orang marketing sendiri.
Yang lagi sedih, orang marketing ni sendiri tatau bahawa kempen mereka sebenarnya ‘menghancurkan’ mereka
Saya menentang sekeras-kerasnya :
Mereka yang menghantar iklan SMS ke telefon bimbit pelanggan yang mana nombor telefon tersebut diperolehi secara tidak beretikaMereka yang menggunakan spider dan crawler untuk mengutip alamat email diinternet untuk di spam kan
Mereka yang kononnya melakukan pemasaran tetapi menyalahgunakan teknologi dan alat untuk menjadikan pemasaran mereka tidak beretika
Anda lihat dalam bulk atau spam folder email anda. Berapa banyak email yang ada yang di spam oleh golongan ini ? Beratus-ratus sehari!
Dulu kes-kes ini berlaku di negara luar. Di negara kita perkara ini tidak berlaku.
Tetapi sejak pula muncul pula ‘perkhidmatan2′ dari mereka yang kononnya menjual aplikasi yang boleh bantu internet marketer untuk menghantar SMS kepada beribu-ribu alamat email.
Anda tengok sekarang, apa yang telah terjadi. Beratus-ratus email SPAM berbahasa Malaysia masuk setiap hari.
Yang saya bengangnya tu, kempen pemasaran email tidak lagi menjadi berkesan seperti dulu. Lebih-lebih lagi pasaran di Malaysia yang kecil, sekali orang dah cop email ni banyak spam, email yang tak spam pun akan terlibat sama!
Teknologi ni sebenarnya bagus, cuma orang yang tidak tahu menggunakan sistem ini dengan beretika. Lemah betul pengetahuan mereka. Kenapalah mereka tidak amik tahu terlebih dahulu etika penggunaan atau sekurang-kurangnya belajar menjadi pemasar yang hebat.
Janganlah disebabkan orang nak buat email marketing, anda pun terikut-ikut tanpa usul periksa. Kajilah dahulu. Jangan menyebabkan pelanggan yang sepatutnya datang ke anda, terus lari disebabkan tak tahan dengan kes-kes macam ni..

Kategori : Bimbingan Usahawan, Catatan Umum, Keusahawanan, Motivasi
Personally, saya rasa nombor telefon bimbit di Malaysia ni bukan lagi menjadi suatu yang private. Apabila seseorang tu dapat nombor telefon, itu sudah menjadi aset. Aset kerana dapat menghubungi telefon bimbit prospek. Namun begitu saya dapat rasakan mereka ini bertindak ‘bodoh’ dengan berkongsi nombor telefon pelanggan dengan pihak lain.
Kesan negatif pada saya : Mereka ni tak tahu ke bahawa copywriting tu satu harta intelek ? Pelanggan AkademiSMS.com akan terkeliru, tertanya-tanya penglibatan saya dalam perniagaan2 tersebut. Mereka akan rasa bahawa saya akan terlibat dengan skim2 cepat kaya menggunakan SMS di internet, atau perniagaan2 yang berkaitan yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti orang lain.






