Irwan Gives Back!

29 10 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Beberapa hari ini talian 3G Celcom tidak berapa baik. Tensen juga bila terpaksa bekerja di bawah sambungan GPRS! (Dei Celcom! Kasi improve sikit la itu 3G coverage!). So it took me hours utk update my feveret online info (blog,twitter, facebook, M2U etc). Terasa lembab sangat!

2. Terkenang semasa lalu, since I was in school, saya memang seorang yang sukakan aktiviti kemasyarakatan, aktiviti sosial, program anak angkat, terlibat dengan kem cuti sekolah, aktiviti persatuan dan terlibat dengan pelbagai program sekolah.

3. Memang terasa puas bila orang lain pun merasai apa yang kita lakukan walau pun kecil. What a feeling when small thing we’ve done, makes a big different in other people’s life! So great!

4. Sekarang saya tidak begitu lagi aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. Mungkin sebab dah tua kot :) tapi lately saya rasa seronok kerana dapat menyumbangkan sesuatu melalui ebook percuma SMS SCAM : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu.

5. Ebook tersebut boleh dimuat turun secara percuma (sila rujuk post saya yang lepas). Ramai yang berterima kasih dengan ebook tersebut. Alhamdulillah, walaupun usaha yang kecil, ia dapat mengubah nasib kehidupan orang lain.

6. Minggu lepas saya menjadi lebih teruja apabila saya dihubungi oleh Consumer Forum of Malaysia (CFM), sebuah NGO dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia apabila mereka berminat untuk menerbitkan ebook tersebut untuk diedarkan. CFM juga dalam rangka kerja untuk membanteras internet dan SMS scam. Yang tambah best, ebook tersebut juga akan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris! Dah jadi buku panduan pula….

7. Kalau anda tengok cerita Oprah, tentu anda tahu tentang Oprah’s Big Gives! so saya rasa sebagai permulaan , ini adalah Irwan’s Small Gives :)

8. Saya akan terlibat secara langsung dengan CFM untuk educate pengguna dan memberi kesedaran mengenai penipuan SMS. Mulai hari ini, saya akan buka kategori baru irwan@cfm, untuk mencatatkan pengalaman saya sepanjang terlibat dengan program CFM. Dimasa2 akan datang, saya akan ceritakan mengenai CFM pula dan bagaimana ia memberi manfaat kepada anda sebagai pengguna.

9. Alhamdulillah, saya diberi peluang lagi untuk menyumbang kepada masyarakat. Mungkin sesudah sekian lama saya menikmati sumbangan orang lain kepada saya, tiba pula masa saya kembali menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Wish me luck!






Mengapa Anda Tidak Kaya ?

21 10 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Ramai yang beranggapan mereka tidak kaya disebabkan tidak memperolehi pendapatan yang mencukupi. Ramai berfikir ” Kalaulah aku punya pendapatan yang lebih, maka aku boleh membuat simpanan dan pelaburan dengan baik..

2. Yang lucunya, itulah pernyataan yang muncul, walau sudah beberapa kali memperolehi pendapatan yang lebih baik dari yang terdahulu. Sebelum gaji RM2,000, itulah alasannya, selepas gaji RM2,000 itu juga alasannya. Alasan lapuk!

3. “Becoming a millionaire has less to do with how much you make, it’s how you treat money in your daily life.” Maknanya menjadi jutawan bukannya dari berapa yang kita perolehi tetapi bagaimana kita menguruskan wang dalam kehidupan!

4. Sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan dengan pengurusan kewangan yang betul tidak kira berapa banyak pendapatan kita.

5. Antara ’syaitan’ yang menjadi batu hasutan untuk kita terpesong dengan pengurusan wang dengan baik adalah :

Terlalu mengambil berat kereta yang dipakai : Di Malaysia, membeli sesebuah kenderaan hanya akan membuatkan bank kaya. Kereta akan susut nilai hari demi hari. Ini bukan pelaburan, ini adalah ‘peleburan’.

Gaya hidup ekslusif : Kalau rasa nak pakai baju branded setiap masa, handphone bertukar setiap bulan, atau shopping setiap minggu, ia hanya akan menambahkan hutang anda. Hutang yang besar akan menghalang anda dari membina kekayaan.

Kurang kepelbagaian pelaburan : Dulu-dulu, ibu saya hanya menyimpan di dalam ASN atau ASB. Itu satu2nya bentuk pelaburan yang selamat dan menguntungkan yang beliau tahu pada ketika itu. Kita yang dah celik, mesti cuba mempelbagaikan.

Lewat Mula Melabur : Sesetengahnya menyebut sebagai konsep compounding. Contohnya kalau anda melaburRM10 sebulan, maka dalam setahun anda akan memperolehi RM110 sekiranya pelaburan tersebut memberi pulangan 10%. Lagi cepat anda memulakan compounding, lagi cepat hasil yang anda perolehi.

Tak Buat Benda Yang Anda Suka : Kalau anda buat benda yang anda benci dan tak suka, anda akan stress! Anda terpaksa mencara cara untuk release tension. Nak pakai duit lagi …. Banyak pakai duit, kurang kaya lah gitu..

Tak Suka Belajar : Ramai ingat bila dah graduate, tak payah nak belajar lagi. Semua rasa dah pandai. Tetapi kalau rajin, tambah lagi ilmu untuk improve pekerjaan dan pendapatan anda. Sure bole!

Ada banyak lagi sebab. Sedar atau tidak, kita sebenarnya mungkin kurang disiplin untuk menjaga benda2 seperti ini.

Apa pun, kalau kita percaya dengan kemampuan diri kita, jangan risau dengan berapa pendapatan yang kita dapat. Cara kita menguruskan pendapatan kita akan menjadi lebih penting.

********************* PENGUMUMAN ! *********************

Mulai tahun 2009, saya hanya akan anjurkan Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS 3 bulan sekali. Saya terpaksa mengubah perancangan kerana saya akan mula terlibat dengan aktiviti kempen dan promosi Anti Penipuan SMS dan Internet Scam akan datang.

So, seminar tahun ini akan berakhir pada 8 November 2008 bertempat di Quality Hotel K, Lumpur.  Sesiapa yang masih belum mendaftar, boleh ambil peluang ini untuk menyertai dan meneroka potensi perniagaan SMS secara beretika. Daftar disini!






Scam + Menipu + Salahguna = Sepandai tupai…

14 10 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1.  Demam + ulser + sakit tekak buat saya tak larat nak buat kerja beberapa hari. Nak cakap beraya sakan tidak juga.. Musim kot!

2. Gara-gara ebook SMS SCAM, saya dan En Salleh berpeluang berjumpa dengan kaunselor Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.cfm.org.my) untuk  program kempen anti penipuan internet dan SMS. Exciting program! Insyallah akan saya ceritakan lagi nanti.

3. Bercerita tentang scam, penipuan dan manipulasi internet dan SMS, nampaknya tak surut2. Setiap masa ada je yang kene, pelbagai skim baru yang muncul.

4. Scam, penipuan dan manipulasi satu hal. Satu lagi perkara yang terlepas pandang adalah dari segi kawalan pelanggan.

Ruang Sembang SMS 8TV Digantung

5. Ketika kita menyambut lebaran yang lepas, ruang chat SMS di televisyen 8TV telah digantung siarannya serta merta oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM).  Mesej2 yang terpapar di laman web tersebut berbaur lucah dan penawaran perkhidmatan seks. Ia diberitakan disini.

6. Mungkin ramai yang ingat bisnes SMS ni bila dah berjalan, kita biarkan sahaja..Itu tanggapan yang salah. Cuba tengok apa dah jadi? Staff 8TV yang sepatutnya memantau ruang sembang tersebut, mungkin ‘tertidur’ terlalu lama (atau tak peduli?) sehingga tak sedar apa yang sedang disembangkan  di ruangan tersebut.

7. SMS sama macam bisnes yang lain. Perlu diberi perhatian. Mungkin tidak kerap, tetapi secara berkala. Pengajaran kepada semua…

4 Syarikat Kantoi Dek BNM

8. Hari ini pula dalam Utusan, 4 syarikat diberkas oleh Bank Negara Malaysia kerana menganjurkan skim pelaburan yang tidak sah.

9. Syarikat ‘bertuah’ tersebut adalah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

10. Masih dalam siasatan. Tengoklah hasilnya macam mana nanti. Saya bukan bersifat judgemental, tapi saya dah tengok lama juga syarikat2 ni, akhirnya kantoi juga dek BNM.

11.  Anda tentu lebih tahu, sebenarnya ada banyak lagi syarikat-syarikat macam ini. Boleh senaraikan lagi ?

12. Insyallah, SKMM akan buat roadshow untuk kempen2 bentuk penipuan ini tidak lama lagi. Kalau tiada aral saya akan turut serta.

p/s : Marilah sama2 kita celikkan masyarakat kita yang sebenarnya tiada jalan pintas untuk berjaya, kaya atau bersenang lenang. Usaha, istiqamah dan tawakkal itu sahaja caranya.






Ada Apa Selepas Raya ?

6 10 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum terlambat, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Hari ini adalah raya ketujuh. Anda dah mula bekerja kembali ?

Macam mana hari pertama kerja selepas cuti panjang ? Liat tak nak mula semula kerja ?

Hah… Itu adalah tu bila ketupat, rendang dan lemang penuh sarat dalam perut tu.  Pegi timbang berat anda. Brapa kilo naik ? 2 kilo ? 5 kilo ? 10 kilo ? Memang sah lah anda beraya sakan :)

Bagi yang menerima duit raya, brapa ribu collection duit raya tahun ini ? Bagi yang menghulur duit, brapa banyak pula duit yang terkorban ? :)

Memang biasa lah tu bila liat nak start balik bekerja.  Rasa tension, malas nak bermula, momentum kerja takde, tengok tugasan menanti melambak2, meeting sana, appointment sini..

Arrghhh!!! Pecah kepala !@#$%^&*

Kenapa sebenarnya ya kita jadi camntu ? Sebenarnya banyak sebabnya. Sebab dan alasan yang mudah :

1. Dah berabis duit untuk beraya. Pokai , poket kering.

2. Letih driving. Highway jemmed. Dari perjalanan 2 jam jadi 5 jam, dari 4 jam jadi 9 jam. Kematu punggung!

3. Badan jadi berat. Sebab makan lemang 10 batang ditambah dengan tak de buat exercise sepanjang bulan puasa.

4. Rindu orang tua kat kampung. Tak puasa beraya!

5. Teringat awek yang dah janji nak kenduri nasi minyak 3 bulan lagi :)

1001 alasan. Ada je penyebabnya.

” Bagi saya SEBAB sebenarnya adalah KEGAGALAN KITA untuk menyusun kerja dengan baik sebelum bercuti berhari raya! “

Kerana itu, bila lepas beraya je, kelam kabut + huru hara jadual kerja kita. Semua nak cepat, semua nak urgent.. Mau tak pecah kepala kalau macam tu..

Yang ironinya, sebelum bercuti raya ada pula yang menunda kerja yang sepatutnya dibuat sebelum raya ke selepas raya! Pun dengan alasan, “Ala.. Raya dah dekat..takde mood nak siapkan keje!”

Hah.. Jadi bila masa nak buat kerjanya ? Sebelum raya tak de mood nak kerja, lepas raya pulak stress gile sebab kerja banyak sangat!

Itulah orang kita. Banyak benar alasannya disebabkan raya. Itu salah, ini pun salah. Semua macam tak kene je!

Tips untuk menyelesaikan masalah ini : Senaraikan semua kerja yang perlu dilakukan, tetapkan priority, buat satu persatu mengikut priority dan urgency. Insyallah siap juga akhirnya. Pelan2 kayuh :)

p/s : I had a wonderful raya celeb this year. Alhamdulillah beraya di Selayang tahun ini. Bukan saya saje yang suka, anak saya juge! :)

p/p/s : Beraya tu beraya juga. Kerja macam biasa tau. Catch my next seminar on 8 November 2008. Seminar terakhir 2008. Register sekarang di http://seminar.akademisms.com

p/p/s : Maaf.. tahun ni tak dapat nak buat open house! Rumah under renovation. Sorry..