Irwan Gives Back!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Beberapa hari ini talian 3G Celcom tidak berapa baik. Tensen juga bila terpaksa bekerja di bawah sambungan GPRS! (Dei Celcom! Kasi improve sikit la itu 3G coverage!). So it took me hours utk update my feveret online info (blog,twitter, facebook, M2U etc). Terasa lembab sangat!

2. Terkenang semasa lalu, since I was in school, saya memang seorang yang sukakan aktiviti kemasyarakatan, aktiviti sosial, program anak angkat, terlibat dengan kem cuti sekolah, aktiviti persatuan dan terlibat dengan pelbagai program sekolah.

3. Memang terasa puas bila orang lain pun merasai apa yang kita lakukan walau pun kecil. What a feeling when small thing we’ve done, makes a big different in other people’s life! So great!

4. Sekarang saya tidak begitu lagi aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. Mungkin sebab dah tua kot 🙂 tapi lately saya rasa seronok kerana dapat menyumbangkan sesuatu melalui ebook percuma SMS SCAM : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu.

5. Ebook tersebut boleh dimuat turun secara percuma (sila rujuk post saya yang lepas). Ramai yang berterima kasih dengan ebook tersebut. Alhamdulillah, walaupun usaha yang kecil, ia dapat mengubah nasib kehidupan orang lain.

6. Minggu lepas saya menjadi lebih teruja apabila saya dihubungi oleh Consumer Forum of Malaysia (CFM), sebuah NGO dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia apabila mereka berminat untuk menerbitkan ebook tersebut untuk diedarkan. CFM juga dalam rangka kerja untuk membanteras internet dan SMS scam. Yang tambah best, ebook tersebut juga akan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris! Dah jadi buku panduan pula….

7. Kalau anda tengok cerita Oprah, tentu anda tahu tentang Oprah’s Big Gives! so saya rasa sebagai permulaan , ini adalah Irwan’s Small Gives 🙂

8. Saya akan terlibat secara langsung dengan CFM untuk educate pengguna dan memberi kesedaran mengenai penipuan SMS. Mulai hari ini, saya akan buka kategori baru irwan@cfm, untuk mencatatkan pengalaman saya sepanjang terlibat dengan program CFM. Dimasa2 akan datang, saya akan ceritakan mengenai CFM pula dan bagaimana ia memberi manfaat kepada anda sebagai pengguna.

9. Alhamdulillah, saya diberi peluang lagi untuk menyumbang kepada masyarakat. Mungkin sesudah sekian lama saya menikmati sumbangan orang lain kepada saya, tiba pula masa saya kembali menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Wish me luck!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply