Salam Sejahtera,
Ketika mengumpul dan menganalisa maklumbalas dari pelanggan ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS, ada diantara mereka yang terkeliru dengan konsep perniagaan dan pemasaran SMS. Apakah sebenarnya keupayaan SMS ? Adakah SMS boleh menjadi suatu punca pendapatan atau tidak lebih dari suatu alat pemasaran untuk mengedarkan maklumat?
Jawapan saya tentunya SMS mempunyai kedua-dua keupayaan tersebut. Pada hakikatnya dengan menghantar SMS ke seseorang memaklumkan suatu perkara (promosi) adalah suatu kaedah pemasaran, tetapi SMS sekiranya dilakukan dengan kaedah dan objektif yang berbeza akan menjadi suatu perniagaan.
Bagaimana membezakan ya? Cuba anda rujuk gambarajah di bawah :
Dalam bentuk yang berstruktur, SMS boleh dipecahkan kepada 2 fungsi utama (mungkin ada lagi fungsi yang lain, tetapi saya cuma hi-llight 2 ini sahaja), iaitu fungsi pemasaran dan fungsi perniagaan. Perbezaan keduanya sungguh ketara baik dari segi matlamat dan juga kos operasi.
Anda sekarang hanya perlu memilih, apakah tujuan anda dalam menggunakan SMS. Adakah hanya sebagai alat pemasaran anda, atau anda ingin lakukan perniagaan berasaskan SMS? Perlu diingat elemen sokongan seperti ilmu dan kemahiran yang diperlukan dalam menjayakannya. Untuk pengetahuan anda, terdapat dua golongan yang begitu teruja untuk menggunakan SMS ini.
Pemasaran SMS
Golongan pertama ini adalah golongan yang ingin mengambil kesempatan untuk membuat promosi dan hebahan mengenai produk dan perkhidmatannya kepada pelanggan mereka yang menggunakan telefon bimbit. Golongan ini tidak berminat dalam menjana pendapatan dari aktiviti pemasaran SMS mereka. Tidak berminat untuk mendapatkan profit sharing dalam setiap transaksi SMS.
Mereka hanya berminat untuk menggunakan SMS bagi tujuan meningkatkan perniagaan mereka, dengan cara SMS dapat membantu meningkatkan jualan dari pelanggan sedia ada, menambah jumlah pelanggan atau meningkatkan margin keuntungan. Biasanya mereka menggunakan SMS ini untuk mempercepatkan dengan mendekatkan mereka dengan pelanggan sama ada melalui hebahan, mendapatkan maklumbalas dan survey pasaran, mengumpulkan pangkalan data pelanggan, mewujudkan interaksi pelanggan dan sebagainya.
Bahkan merekalah yang sanggup mengeluarkan kos untuk membiayai kos-kos pemasaran SMS mereka seperti memberi kredit untuk membuat SMS Broadcast. Mereka akan tanggung kos. Yang penting, mereka hanya sebagai pengguna SMS dan tidak lebih dari itu. Elemen sokongan yang perlu adalah dengan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dan teknik dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemasaran. Ingat! SMS hanya sebagai ‘vehicle’. Pemasaran dan promosi tetap sama.
Perniagaan SMS
Golongan kedua adalah mereka yang mahu menjadikan SMS sebagai perniagaan mereka. Perniagaan SMS sama seperti perniagaan lain, tidak lari dari elemen pemasaran, pengurusan dan kewangan syarikat. Pemilik perniagaan SMS perlu menguasai kemahiran ini untuk memacu perniagaan masing-masing.
Apakah bidang perniagaan yang anda boleh ceburi dalam SMS ini? Kalau kita tengok aktiviti huluan-hiliran (awal hingga akhir) ada banyak fokus perniagaan SMS. Bermula dengan menyediakan infrastruktur SMS sehinggalah menjual kandungan digital. Apa yang membezakan aktiviti tersebut adalah matlamat kewangannya. Tentunya tidak salah anda ingin mewujudkan SMS Gateway server sendiri (SMS Center) dan menyewakan kepada orang yang lain. Atau anda melakukan kerja-kerja pembangunan aplikasi dan kandungan mobile (setiap aplikasi memerlukan pembangun untuk membangunkannya, contohnya aplikasi chatting, voting dsb). Atau anda ingin fokus dalam memberikan perkhidmatan sokongan kepada teknologi SMS. Semua boleh. Bergantung kepada kemahiran dan kewangan, kerana setiap satu memerlukan kemahiran dan juga jumlah pelaburan perniagaan yang berbeza-beza .
Satu kaedah yang paling mudah, murah dan berisiko rendah dalam menceburi perniagaan SMS ini adalah dengan menjadi penyedia kandungan digital sahaja. Sebagai contoh anda menjual ringtone. Atau menjual maklumat (information on demand) seperti waktu solat, laporan saham dan keputusan bola sepak terkini.
Dengan menjual produk digital anda tidak perlu fikirkan mengenai pelaburan yang besar dalam menyediakan infrastruktur teknikal yang lain. Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS telah menghuraikan 3 pendekatan bagaimana kita boleh memulakan perniagaan kita. Memulakan perkara yang kecil akan membawa kita ke perkara yang lebih besar disebabkan oleh pengalaman.
Iklan-iklan di televisyen yang terlibat dengan SMS kebanyakkannya menggunakan pendekatan perniagaan SMS yang menjual kandungan digital.
Projek Terkini
Diatas perbezaan objektif inilah, saya akan menghasilkan suatu produk baru untuk anda. Produk ini kelak dapat membantu anda untuk mencapai matlamat anda. Sekiranya anda ingin menggunakan SMS sebagai alat pemasaran, pilihlah produk A, dan sekiranya anda ingin menjadi SMS sebagai perniagaan anda, pilihlah produk B.
Apakah produk A dan produk B? Tunggu!!, tidak lama lagi saya akan mula buka iklan. Perlu sedikit masa untuk susun info & borang-borang yang diperlukan.
Yang pastinya, sekiranya anda melakukan pemasaran SMS, anda juga boleh mengambil peluang untuk menjalankan perniagaan (ingat tak dalam ebuku saya ada memberi contoh tentang Ali yang menjual kerepek?). Tetapi sekiranya anda melakukan perniagaan, fokus anda tidak akan tertumpu kepada konsep pemasaran, melainkan ‘buat duit’ sahaja.
Konsepnya secara terus, pilih sama ada pemasaran atau perniagaan. Sekiranya mampu, mengapa tidak buat sahaja kedua-duanya.