Kajian Price & Earning 2006 oleh UBS mendedahkan beberapa fakta yang menarik untuk dikongsi. Kajian ini adalah untuk menentukan kos kehidupan, gaji dan kuasa beli di bandaraya tersebut. Daripada kajian yang dilakukan terhadap 71 bandaraya di dunia , KUALA LUMPUR ADALAH BANDARAYA YANG PALING RENDAH KOS KEHIDUPAN!!
Yang agak ironinya, dalam kita sedang bergelut dengan kos kehidupan yang semakin meninggi, KL tetap di ranking terbawah. Kuala Lumpur berada di tangga ke 53 dari segi gaji ( rendah sangat rupanya gaji kat Malaysia ni ) dan berada di tangga ke 39 dari segi kuasa beli. Kira boleh tahan jugalah kehidupan di KL ni berbanding dengan bandaraya lain. Syukur…
Beberapa fakta utama lain :
- Oslo, London, Copenhagen, Zurich dan Tokyo menjadi bandaraya yang mempunyai kos kehidupan yang tinggi.
- Zurich, Geneva dan Dublin merupakan top-three dalam kuasa beli.
- Orang Asia bekerja lebih kuat + lebih masa – LEBIH 50 hari ! berbanding Eropah Barat ( rajin betul orang Asia ni )
“Besar periuk, besar pula keraknya “. Dalam erti kata pendapatan dan perbelanjaan, mungkin merujuk kepada situasi di mana semakin besar pendapatan seseorang, semakin banyak perbelanjaannya.
Tetapi, kalau kita ikutkan peribahasa diatas, secara relatifnya, lagi besar pendapatan, semakin tinggilah belanja. Boleh tak agaknya, kita nak periuk yang besar, tapi kerak yang sedikit @ atau tak de kerak langsung?? Pendapatan yang besar, tapi perbelanjaan yang rendah. Kuasa beli yang tinggi! Jawapannya TENTUNYA BOLEH!!! Tajuk posting diatas menjawab soalan tersebut… 🙂