Saya tidak dapat membuat catatan yang panjang pada minggu ini disebabkan kekangan masa belajar.
Pengumuman #1 : Kepada Pembaca dan Pemohon Aplikasi Pemasaran SMS Buku 15 Teknik Pemasaran SMS
Saya telah menerima banyak permohonan aplikasi tersebut. Saya memohon maaf kerana sebelum ini permohonan tersebut lewat untuk diproses. Ini disebabkan oleh jumlah permohonan yang banyak diluar jangkaan saya.
Untuk memudahkan proses tersebut, saya telah melantik seorang pembantu khas untuk menguruskan semua urusan permohonan aplikasi tersebut. Namanya Puan Aza, beliau telah bersama dengan saya selama hampir sebulan untuk menyusun semula permohonan tersebut. Insyallah, Puan Aza akan membantu pembaca sekalian dalam urusan setting dan konfigurasi sistem SMS tersebut.
Saya akan kemaskinikan juga laman web yang berkaitan bagi membolehkan anda menghubungi Puan Aza secara terus.
Kepada Puan Aza, “Selamat Datang” saya ucapkan!
Pengumuman #2 : Mini Konvensyen Pemasaran SMS 7 Ogos 2010
Saya mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana sekali lagi menjemput saya untuk menjadi speaker dalam mini konvensyen pemasaran SMS pada kali ini. Ia akan diadakan di Shah Alam pada 7 Ogos ini.Yuran penyertaannya sangat minimum iaitu RM30 sahaja.
Berita baik kepada pembaca buku 15 Teknik Efektif Pemasaran SMS!
Anda cuma perlu bawa buku tersebut dan tunjukkan ketika mendaftar. Secara automatik anda akan diberikan diskaun sebanyak 20% untuk menghadiri konvensyen tersebut.
Untuk pendaftaran sila layari : http://www.ownsmsbiz.net/konven.html
Ini merupakan program terakhir saya sebelum Ramadhan. Saya berharap dapat berjumpa dengan anda disana nanti!
Pengumuman #3 : Salam Ramadhan
Hati saya berbunga-bunga menanti Ramadhan. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua pembaca. Moga Ramadhan kali ini akan memberi 1001 keberkatan dalam kehidupan kita.