Jadi, UK sah keluar Kesatuan Eropah. Hampir 52% memilih untuk Leave.
Britain Got Balls.
Jadi apa kesan UK Leave ni untuk rakyat Malaysia macam aku? Takde apa pun kalau tak terlibat.
.
1. Siapa mahu datang London tu boleh serbu money changer. Pound tergolek. Berapa tergoleknya tidak aku pasti.
.
Tapi kalau berterusan jatuh menjunam nanti jualbeli Pound boleh diperketat dan disekat. Macam Ringgit Malaysia hari itu.
.
2. Lepas ini Pound boleh naik semula jika UK dapat cover up kesan ekonomi.
.
Tapi masih ada risiko Pound turun lagi jika perdagangan dengan EU dinilai dan perlu negotiate semula.
.
So bila masa terbaik tukar duit ke Pound? Bila kau ada duit. Kalau mahu tunggu lagi turun, entahlah. Ringgit Malaysia pun tidak sekuat mana.
.
3. Orang Malaysia tetap boleh masuk negara Eropah tanpa visa. Sebab Malaysia ada understanding dengan negara EU yang dalam kawasan Schengen.
.
Masuk UK pun sama seperti sekarang visa free 6 bulan untuk tourist. Nothing change.
.
Banyak kilang berada di Eropah. Jadi harga barang di UK dijangka naik. Kaki shopping lebih sesuai gerakkan langkah sekarang.
.
Tiket flight UK-Europe mungkin tidak serendah sekarang. Low cost carrier macam Easyjet dan Ryanair mungkin akan mengenakan caj tambahan.
.
4. Ada risiko kesan buruk kepada ekonomi dan kestabilan negara lain di dunia. Jika ada negara lain seberani UK keluar EU, mau collapse EU.
.
Scotland dulu mahu stay dalam UK, sekarang macam mahu keluar balik. Begitu juga dengarnya Spain.
.
5. Perdana Menteri UK resign bila rakyat memilih keluar EU. Berprinsip.
.
Lain benar dengan Perdana Menteri satu negara ni tak reti-reti nak undur walau negara macam makin mundur.
Nota kontot
Acah Spekulator Ekonomi
Istanbul Turkiye
‘Lain benar dengan Perdana Menteri satu negara ni tak reti-reti nak undur walau negara macam makin mundur.’………………..
kahhhh!! ini lah yg aku maksudkan..