Usahawan Baru : Mendapatkan Geran Promosi dan Pengiklanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Pembaca Blog,

Minggu lepas saya tidak dapat mengemaskinikan blog saya. Pakcik kesayangan saya sedang terlantar di PPUM hampir seminggu akibat serangan jantung pada Ahad yang lalu. Dari Hospital Bentung, di pindahkan ke Hospital Selayang dan kini berada di PPUM. Saya menemani ibu saya bergilir2 menjaga pakcik. Keadaan beliau dikatakan agak kiritikal. Saya memohon pembaca blog dapat membacakan surah Al Fatihah buat beliau. Al Fatihah..

Saya agak stress kebelakangan ini. Masa saya telah didedikasikan untuk pakcik, jadi tidak banyak yang saya mampu lakukan secara offline. Hikmah dari cubaan Allah, saya sedari bahawa amal jariah adalah perkara yang akan dibawa selepas mati dan salah satunya adalah ilmu yang bermanfaat.

Saya ingin memulakan kategori baru hari ini. Saya berniat untuk menyampaikan apa yang saya tahu dalam perniagaan kepada mereka yang rasakan ia memberi manfaat. Saya panggil kategori ini sebagai Usahawan Baru.Tiada niat yang lain, saya harapkan ilmu yang bermanfaat ini berguna kepada anda yang membaca dan dapat disebarkan kepada mereka yang lain.

Sebenarnya banyak betul bantuan yang disediakan kerajaan untuk usahawan baru. Mungkin tidak tahu, ramai yang tidak memohon untuk mendapatkan bantuan-bantuan tersebut. Sebenarnya saya sendiri tak pernah buat pinjaman duit Mara (sebab saya tak sabar lah nak naik turun pejabat Mara) tetapi kelebihan2 untuk usahawan memang saya betul2 ‘sapu’ 🙂 Kelebihan seperti ruang pejabat, melanjutkan pengajian, ansuran pembayaran dan sebagainya memang sebenarnya memberi sumbangan yang besar kepada perniagaan.
2 minggu lalu saya menjejaki semula pegawai MARA yang telah banyak membantu saya untuk mendapatkan bantuan dari MARA. Tujuan saya adalah untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai geran perniagaan bagi tujuan promosi dan pengiklanan. Secara asasnya, sekiranya anda ingin membuat promosi, anda boleh dapatkannya dari MARA.

Bagi anda yang inginkan bantuan untuk tujuan membeli iklan di akhbar, televisyen, atau di mana-mana mungkin boleh mendapatkannya di sini. Tapi saya tak pastilah pengiklanan di internet dan SMS dimasukkan dalam skim ini. Nanti saya carikkan maklumat lanjut.
Nak tahu caranya ? Anda pegi ke Medan Mara (atau pejabat Mara yang berhampiran), anda berjumpa dengan pegawai yang in-charge. Senang je kan ? Lepas tu dapatkan borang macam dalam gambar tu..
Geran di sini bermaksud 60% dari jumlah kos promosi anda akan ditanggung oleh Mara. Sebagai contoh, kos iklan anda adalah RM10,000, ini bermakna Mara akan membiayai RM6,000 dan selebihnya ditanggung oleh anda. Berbeza dengan pinjaman, geran ini tidak memerlukan anda membayar balik wang tersebut. Setiap usahawan akan diperuntukkan maksima RM50,000 untuk tujuan promosi.

Apa pentingnya geran ini kepada anda ?

Uiii.. Sape taknak duit ooii! Kalau Mara nak sponsor sikit pun dah cukup bertuah, apatah lagi 60% ? Sape yang tak nak saya rasa memang rugi besar lah…

Sebarang aktiviti promosi boleh dipertimbangkan dalam geran ini. Antaranya :

1. Makcik Limah membuat perusahan kerepek kecil-kecilan dan ingin membungkus kerepek tersebut cantik2. Boleh apply geran ni

2. Nak beli iklan di akhbar bercetak Utusan Malaysia atau Harian Metro.

3. Nak bukak booth atau gerai di Ekspo Gerak Usahawan. Nak bukak booth tu kena bayar tauu.. Bukan free .. Lainlah anda main pacak je kat depan masjid lepas semayang Jumaat, itu memang tak payah bayar.
4. Untuk buat business trip. Ni ramai yang tatau.. Sebenarnya Mara ada sediakan geran untuk membolehkan anda pegi business trip dalam dan luar negeri 🙂

5. Nak buat research dan market study pun boleh dapat geran ni

6. Buat misi perdagangan dan juga buat promosi dan jualan.

Anda kene rajin sikitlah ye nak panjat pejabar Mara tu. Prosesnya antara 2 hingga 4 minggu.

Dan kene sabar sikitlah dengan karenah birokrasi dan kadang2 muka pengawai Mara tu kerek semacam jee .. 🙂

Ada juga yang berkata “Saya tak buat iklan dan tak promosikan perniagaan saya “ Heheh.. Ini kesilapan usahawan 101. Sape yang promosi produk atau perniagaan, takde siapa yang tahu… Rugi je bukak kedai tapi tak kempen supaya orang datang ke kedai anda. Kene back to basic lah ni…

Insyallah, nanti saya akan update lagi tentang Geran ini.. Saya pun nak minta geran lagi lepas ni.. Sebarang berita baru akan saya bagi tau!


TERKINI !! : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS akan diadakan di KOTA KINABALU, SABAH pada 22 Jun 2008. Panggilan buat warga Sabah untuk mendaftar sekarang. Maklumat lanjut di SINI!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply