Kenapa buat duit dari SMS adalah MUDAH ?

Kalau menjawab secara terus-terang, saya katakan bahawa rakyat Malaysia adalah antara rakyat yang paling pemurah. Mereka sanggup menghabiskan beratus malah beribu ringgit hanya untuk menyaksikan calon pilihan (bukan kenal pun!) terus kekal dalam pertandingan!

Satu lagi adalah faktor hiburan. Rakyat Malaysia memang suka berhibur. Bagi mereka dengan SMS adalah sesuatu yang mengasyikkan dan menghiburkan. Mereka rasakan dengan SMS dapat ‘menghubungkan‘ mereka dengan dunia hiburan. Malah merasakan mereka sebahagian dari kejayaan sekiranya artis pilihan mereka menang!

SMS berfungsi 24 jam. Mudah digunakan. Ada kawan2 kita yang kesunyian malam-malam pun boleh antar SMS kepada orang lain, sekadar berkenalan dan menghilangkan bosan. Siang atau malam, SMS tetap dihantar! Malah, semakin larut malam, semakin banyak SMS dihantar!

Satu lagi faktor, mungkin masyarakat Malaysia, ingin memberi kekayaan kepada mereka yang tahu RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SMS!! 🙂

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply