Salam Sejahtera,
Azam tahun baru untuk SMSWang adalah untuk memuatkan kandungan blog yang dapat membantu anda untuk memulakan perniagaan sendiri. Ya! Perniagaan sendiri. Bermaksud objektif saya adalah supaya lebih ramai yang mahu memulakan perniagaan SMS sendiri, dan bukannya merujuk kepada menyertai SKIM PERNIAGAAN SMS sama ada MLM atau seumpama dengannya. Sesungguhnya tiada skim yang saya tawarkan untuk anda sertai ( belum lagi 🙂 )….
Dalam Siri Memulakan Perniagaan SMS Sendiri, saya akan cuba menghuraikan kaedah2 yang saya gunakan untuk perniagaan SMS. Kaedah ini sudah tentunya tidak tercatat dimana2 buku atau ebook, memandangkan kaedah ini adalah kaedah praktikal yang saya gunakan sendiri. Teori2 dalam setiap kaedah yang saya gunakan ada saya huraikan di dalam ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Untuk lebih praktikal, bagaimana saya cadangkan saya pecahkan siri2 ini dalam 5 atau 6 siri dalam masa 2 minggu?
Jadi, saya rancang untuk menyiapkan suatu perniagaan SMS yang boleh dimulakan dalam masa 14 hari. Walaupun perniagaan ini boleh dilancarkan lebih awal daripada 14 hari (sesetengah perniagaan SMS boleh dilancarkan dalam masa 24-48 jam sahaja), tapi elok kita bergerak perlahan sedikit bagi membolehkan lebih ramai memahami dan membuat sedikit tutorial masing2.
Sebagai permulaan, bagaimana kalau kita beri tajuk
Langkah Demi Langkah Memulakan Perniagaan SMS dalam Masa 14 Hari
Sounds good right?
Sebagai ulangan, dalam ebook saya saya ada gariskan 4 kaedah mudah untuk memulakan perniagaan SMS :
1. Fikirkan produk atau perkhidmatan
2. Wujudkan infrastruktur SMS
3. Pilih Technology Partners, dan
4. Promosi
Langkah #1 – Fikirkan Produk dan Perkhidmatan
Langkah ini adalah langkah yang saya boleh katakan sebagai wajib bahkan untuk semua perniagaan. Dalam memilih produk dan perkhidmatan, seperti biasa, kita perlu lihat pasaran terlebih dahulu.
Pasaran adalah merujuk kepada keadaan di mana, kita gunakan SMS sebagai alternatif untuk memudahkan sesuatu transaksi atau urusan. Kita ambil contoh yang mudah seperti urusan perbankan dimana kita mengemaskini dan mendapatkan baki akhir akaun bank.
Dahulunya, perbankan konvensional memerlukan pelanggan untuk datang ke cawangan bank membawa bersama2 buku bank, beratur panjang, dan menguruskan segala2nya di kaunter bank.
Tetapi apabila sudah ada perbankan internet, pelanggan mempunyai alternatif tanpa perlu pergi ke cawangan. Dengan menggunakan internet, pelanggan boleh login ke akaun dan melihat transaksi dan juga baki akhir akaun.
Lihat bagaimana teknologi SMS mengubah urusan perbankan. Dengan handphone ditangan, pelanggan hanya perlu menghantar SMS dan maklumat akaun terus dihantar ke handphone pelanggan! Urusan semakin cepat dan cekap. Jadi perubahan perbankan menjadi semakin mudah, tidak perlu ke cawangan bank, tidak perlu komputer dan internet. SMS menggantikan segala kaedah sebelumnya. Secara mudahnya urusan perbankan berubah :
Beratur di cawangan –> Perbankan internet –> SMS
Perniagaan SMS yang dimulakan dengan konsep untuk memudahkan urusan seringkali akan mendapat tempat di kalangan pengguna/pelanggan. Walaupun perkhidmatan SMS tersebut baru, tetapi atas pelanggan memang sukakan sesuatu yang memudahkan kerja. Lambat laun, pelanggan akan menggunakan perkhidmatan SMS anda.
Contoh lain adalah seperti memeriksa saman kenderaan dengan PDRM. Sekarang ini, lebih mudah untuk memeriksa saman melalui SMS dari kita terpaksa bersusah2 ke balai untuk memeriksa status saman.
Ada sebarang pandangan apakah bentuk transaksi atau urusan lain yang kita boleh permudahkan dengan SMS?