Jenama | Mengapa penting menjadi market leader?

Salam Sejahtera,

Pernahkan anda merasa apabila anda melakukan sesuatu yang pelik akan menjadi ikutan orang? Orang berpandangan yang anda mungkin hilang akal. Tetapi tentunya juga ada orang yang lebih ‘hilang akal‘ dari anda, yang menyatakan bahawa apa yang anda lakukan adalah sesuatu yang baik dan lain dari yang lain!!

Kunci kepada pemasaran yang berjaya adalah perbezaan dengan yang lain, unik dan istimewa. Sekiranya pelanggan anda tidak boleh nampak jenama anda berbeza berbanding dengan pesaing, maka anda akan kalah dalam peperangan pemasaran.

Menjadi orang pertama dalam persaingan anda membolehkan anda mendahului pesaing, dan menjadi pemimpin pasaran memerlukan anda menjadi orang pertama dalam persaingan.

Mengapa perlunya anda menguasai minda pelanggan anda? Kerana pelanggan tidak mudah mengubah sesuatu jenama ke jenama yang lain! Seingat saya, kecil2 dahulu saya kenal Kiwi sebagai kapur pemutih kasut, dan bukan sejenis binatang! Bergitu juga dengan Colgate untuk merujuk kepada ubat gigi.

Selagi kualiti produk kita adalah bagus dan setara dengan pesaing, pelanggan akan terus memilih anda.

Peperangan pemasaran yang paling besar bukan lagi peperangan produk siapa yang lebih baik, tetapi adalah peperangan untuk menguasai minda pelanggan.

Menjadi orang pertama dan market leader boleh membantu anda membentuk jenama anda sendiri. Ya! Branding!

Inilah yang berlaku kepada Datuk Tony Fernandes ketika beliau memulakan penerbangan tambang murah Airasia. Apabila kita sebut penerbangan tambang murah, kita akan tengok pada Airasia. Bahkan jenama Airasia lebih dulu singgah di fikiran kita berbanding MAS apabila kita bercakap tentang penerbangan.. Hebat…

Adakah Firefly yang menjadi penerbangan tambang murah dan berkonsepkan khidmat komuniti mampu untuk berkongsi pasaran dengan Airasia? Kita saksikan nanti….

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply