Salam Sejahtera,
Sejak saya berpeluang buat demontrasi pemasaran SMS ketika konvensyen Saifulsham pada awal bulan Februari lalu, banyak respon positif yang saya terima. Ada yang ingin JV, ada juga yang ingin mencuba sistem pemasaran cara baru ini. Seperti yang pernah tawarkan kepada pelanggan ebook saya, ketika ini sistem-sistem pemasaran SMS ini saya cuba berikan secara percuma bagi tujuan testing. Sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran yang lebih jelas bagaimana pemasaran SMS merupakan satu kaedah yang efisien dalam memasarkan produk dan perkhidmatan.
Kali ini saya berpeluang, mendedahkan satu lagi model perniagaan dan pemasaran SMS yang popular.
Layan Pertanyaan Pelanggan Walaupun Anda Sedang Tidur..
Bagaimana tu ? Kali ini, kita cuba tengok kaedah pemasaran Kiosk Informasi SMS pula.
Apakah kiosk informasi ? Sebenarnya konsepnya adalah dengan menyediakan pelanggan maklumat yang sering menjadi pertanyaan pelanggan. Boleh diibaratkan sebagai , menjawab soalan lazim (FAQ), sistem SMS ini telah disediakan dengan beberapa menu yang boleh dipilih oleh pelanggan. Kaedah ini membolehkan kita berinteraksi dengan pelanggan secara terus. Tidak seperti internet atau email yang memerlukan kita menjawab pertanyaan, sistem SMS ini telah diprogramkan untuk memberikan respon setiap pertanyaan daripada pelanggan yang dihantar melalui SMS.
Senario Perniagaan:
Blog irwandahnil.com semenangnya telah menggunakan sistem Kioks Informasi ini. Cuba anda perhatikan di bahagian atas kanan menu blog ini, di bawah IRWANDAHNIL SMS MARKETING. Sebagai pusat maklumat blog ini, sistem SMS Kiosk Informasi ini, membolehkan pembaca blog berinteraksi secara terus dengan saya dengan menghantar SMS. Sistem SMS saya akan terus memberi respon kepada setiap pertanyaan atau request dari pelanggan.
Contoh Aplikasi:
Apabila pelanggan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai irwandahnil.com, pelanggan hanya perlu menaip SMS dan menghantarkan ke nombor yang tertera. Sistem SMS akan membalas SMS tersebut dengan menghantar menu pilihan kepada pelanggan. Contohnya, menu tersebut meminta pelanggan memilih dari menu tersebut sama ada alamat irwandahnil.com, produk-produk irwandahnil, aplikasi SMS irwandahnil dan bagaimana untuk menjadi pengedar.
IRWAN dan menghantarkan ke 32728
* [jarak] bermaksud space atau ruang, dan tidak seharusnya ditaip semula ketika menaip mesej
Setiap SMS yang diterima akan dikenakan caj sebanyak RM0.50. Selepas itu, satu menu akan dihantar kepada pelanggan sebagai pilihan. Pelanggan hanya perlu menaip SMS mengikut menu yang dihantarkan.
Pemasaran SMS vs Pemasaran Internet :
Sistem SMS Kiosk Informasi mungkin pernah digunapakai dengan menyediakan FAQ di website. Pemasaran SMS Kiosk Informasi pula mempunyai kelebihan dimana Kiosk Informasi tersebut bukan hanya boleh diiklankan di internet / laman web, tetapi Kiosk Informasi yang sama boleh digunakan di media pengiklanan yang lain seperti akhbar dan TV. Oleh itu kaedah ini lebih responsif dengan pelbagai medium berbanding dengan FAQ yang hanya boleh dan sesuai digunakan di internet.
Isu :
Mengapa perlu gunakan Kiosk Informasi di internet sedangkan sudah ada FAQ?
Prospek:
Mereka yang mempunyai produk atau perkhidmatan tentunya calon yang paling sesuai menggunakan sistem SMS Kiosk Informasi ini. Kiosk informasi ini berguna apabila kaedah pengiklanan yang digunakan adalah pelbagai dan bukan hanya website sahaja. Iklan Kiosks Informasi ini juga boleh diiklankan di risalah dan akhbar. Antara website yang boleh digunakan adalah seperti website yang menjual ubat kuat seperti trebest, kedai buku Abang Fauzul, atau laman web Dr. Irfan Khairi
Apa pendapat anda? Ada sebarang komen dengan model perniagaan SMS ini?