Salam sejahtera,
Sejak 6 bulan yang lalu, hati saya mula terdetik untuk berpindah pejabat. Kalau jadi pindah ini kali ke 3 saya akan berpindah pejabat dalam masa 7 tahun bergelar usahawan. Memang saya tidak suka berpindah pejabat, tetapi kali ini saya ingin sangat berpindah dari pejabat ke ‘rumah’.
Juga dikenali sebagai SOHO, saya juga sedang menimbang untuk membuat kajian lebih mengenaibaik buruk berpindah.
Tetapi hidup di bandar seperti KL ini, menyebabkan rasa hati saya tu semakin hari semakin tebal. Anda bayangkan :
7 am – Bertolak ke KL dari rumah di Kajang
Kos : Tol RM1 + RM1.80 + Petrol
Masa yang dibazirkan : 1 jam
8 am – Sampai di KL. Minum pagi bersama teman lama di warung mamak
Kos : Parking RM5 per entry + Teh tarik RM1 + Roti Bakar RM2
Masa yang dibazirkan : 1 jam (sebab aktiviti sembang2 ni memang tak terasa 🙂 )
9 am – Meeting
Kos : Tiada kos cuma perut kenyang dan terasa mengantuk pula pagi2. PRICELESS!
Masa yang dibazirkan : Ini bukan pembaziran, ini dipanggil produktiviti 🙂
11 am – Bertolak ke pejabat di Puchong
Kos : Tiada tol + Parking free + Petrol
Masa yang dibazirkan : 45 minit. Tak jauh tetapi jalan raya yang konon2nya ada highway canggih dan bersimpang siur tapi tak pernah tak sesak!
11.45 am – Sampai di pejabat Puchong. Bukak laptop. Tengok2 kerja yang harus diselesaikan.
12.30 tgh – Client call ajak lunch. Dah client ajak, takkan la nak tolak.
Kos : RM25 3 orang makan + Parking RM2 + Petrol
Masa yang dibazirkan : Jumpa client. Buat hubungan baik. Ini bukan membazir namanya. Ini tanam saham!
2 pm – Masuk office balik. Solat. Ada discussion dengan technology partner at 2.30pm
Kos : Tiada
Masa yang dibazirkan : 1 jam produktiviti, 1 jam lagi mungkin perbincangan yang tiada kaitan 🙂
4 pm – Abes discussion. Partner ajak pegi minum petang pulak.
Kos : RM4.50 untuk teh tarik dan roti bakar
Masa yang dibazirkan : 1 jam bersembang mengenai perancangan hari esok yang mempunyai agenda yang lebih kurang sama dengan hari ini.
5 pm – Balik rumah
Kos : Tol RM1.60 + RM1
Masa yang dibazirkan : 20 minit
Cuba anda kirakan berapa duit yang saya dah habiskan? Adakah saya membayar untuk suatu pembaziran?