Salam Ramadhan,
Malam tadi saya berpeluang ke udara melalui siaran langsung dari konti Bernama, Radio24 93.9FM. Saya sendiri sebenarnya tidak pernah dengar tentang radio ini. Selepas berbual dengan deejay, Sayed Munawar (yang juga pengacara rancangan Resensi, Selamat Pagi Malaysia), saya dimaklumkan bahasa ia adalah stesen yang baru berusia 3 minggu. Dahulunya frekuensi 93.9FM adalah untuk Nasional FM, tetapi setelah digabungkan dengan Klasik FM, maka tidak hairanlah kalau saya sendiri tidak pernah dengar siaran ni.
“Siaran Radio24 juga boleh didengar dengan melungsuri laman sesawang www.radio24.com.my , sebenar dan semasa” bak kata deejay Sayed Munawar. 🙂
Setelah saya amati, sebenarnya Radio24 mempunyai niche siaranyang berbeza dengan radio-radio lain. Seperti BBC atau ABC di televisyen, RadioKL menumpukan hanya kepada berita-berita terkini. Jadi, kuranglah lagu-lagu yang mendayu-dayu di corong radio. Untuk orang-orang muda, mesti boring dengar Radio24 ni 🙂
Apapun semalam saya berkeudara secara live selama 35 minit. First time ‘live’ on radio, pada awalnya mesti saya rasa saya gugup. Rupa-rupanya 15 saat yang awal je gugupnya… Seronok juga sebenarnya sebab bila ada interaksi dengan deejay, saya mula lupa kegugupan dan mula rasa seronok. Best juga jadi deejay rupanya.
Perkara yang menarik semalam yang saya ingin kongsikan. Memandangkan ada lebih 30 model perniagaan SMS yang saya nyatakan dalam buku Buat Duit Dengan SMS, deejay ada bertanya :
“Kalau seseorang tu masih baru dengan perniagaan dan pemasaran SMS, apakah model yang paling sesuai digunakan”
Saya jawab, “Pilih model yang anda rasa sesuai dan selesa, kerana model tersebut terbukti berjaya. Manusia ni kan peniru nombor #1 “
Deejay tergelak, mengakui hakikat bahawa jalan yang mudah untuk berjaya adalah dengan meniru mereka yang telah berjaya. Kadang-kala kita sibuk memikirkan formula atau strategi tersendiri untuk berjaya, tetapi sebenarnya kejayaan juga boleh dicapai dengan meniru 90% dari formula orang berjaya dan menambahkan 10% kelainan kepada formula tersebut. Nak tengok contoh terlalu banyak. Kalau tak kerana formula ini, saya tak rasa Proton wujud!
Sebenarnya terlalu memikirkan perkara yang mudah, akan membuatkan kita terasa semakin jaduh dengan kejayaan. Kerana
sibuk inginkan kejayaan, kita lupa kadang-kala telah banyak kejayaan yang telah kita capai, cuma tahap kejayaan sahaja yang kita lupa.
Renung-renungkan.. Apakah suatu kejayaan pada diri anda yang anda tidak sedar bahawa anda telah berjaya ?