Ketika awal datang UK dulu, aku pening dengan duit siling dia. Ada banyak benar.
Ada siling 2 pound & 1 pound. Macam RM1 & RM2 dalam bentuk siling.
Ada siling 50, 20 & 10 pence. Macam siling 50, 20 dan 10 sen.
Ada 1 dan 2 pence. Macam duit siling 1 sen. Cuma 2 sen kita tiada.
Masa mahu beli barang, berpinau mata pilih siling. Selalu juga aku tadah siling atas tangan, suruh cashier tu pilih sendiri siling mana. Aku pening.
Kalau masuk kedai, masih boleh nampak harga barang harga ganjil. 47 pence roti sebuku.
Kalau kau bayar 1 pound, dia pulangkan 53 pence. Termasuk 3 pence tu.
Masa aku kecil selalu juga ke kedai mamak tepi rumah. Dah besar, aku makin tak faham fungsi duit 1 sen ni.
Pergi kedai, harga barang banyak letak 99 sen kat belakang. Patutnya adalah nilai 1 sen tu kan. Patutnya dia pulangkan 1 sen tu.
Tapi tidak. Kerajaan kata, bundarkan saja dan senang kira. Pandainya. Tiada baki dipulangkan, kedai simpan saja baki.
Aku terfikir. Kalau 1 barang 1 sen.
10 barang. 1000? Sejuta?
Dulu, ada orang buat bayar bil letrik. Tapi bila kau keluar duit siling dari poket, muka cashier mula ketat tengok kau kira duit satu-satu. Huhu.
Sekarang aku tak tahu satu sen masih wujud lagi atau sudah mansuh. Macam tiada fungsi. Tak berguna sangat.
Sehingga aku beli kicap sebotol, baru aku tahu peri pentingnya 1 sen. Sekarang sudah ada harga barang ganjil. RM8.22 dengan GST.
2 sen!
Entah apa dedak makan malam tadi, aku sokong manfaat GST. Moga siling 1 sen kembali gemilang.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Berselera makan dengan kicap
Glasgow, Scotland.